tahun ni sambutan kemerdekaan tak sempat cik zira order baju merdeka macam tahun lepas. jadi, cik zira mix and matchkan mana yang ada dekat rumah untuk warna warna bendera. baju kaftan kurung kuning, seluar merah, tudung biru. warna putih je takde.
lepastu tambah aksesori tali pinggang besi dengan aksesori dekat kepala. jadi, takdelah kosong plain sangat kan. aksesori pun memang amek je yang ada dekat rumah, sesuaikan dengan baju yang nak pakai tu.
dan macam biasalah cik zira kan, pantang ada tema tema, memang sejenis beria ia. dan memang rezeki orang yang beria ia sorang sorang ni, selalu menang😉
bukan kemerdekaan dan hari Malaysia dekat sekolah memang tak galakkan anak anak potong bendera untuk jadikan baju. memang dibenarkan pakai baju tradisional atau baju yang ada warna di bendera sahaja.
comel comel semuanya bila kasi pakai baju selain baju uniform sekolah. geram plak teacher tengokkan. hasil kerajinan mak mak jugak tu duk melaramkan anak-anak ikut tema. tu yang best tu.
No comments:
Post a Comment