SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

Tuesday, April 30, 2024

Cadangan Hadiah Hari Guru

Hari Guru setiap 16 Mei kan? cikzira ni sejenis memang akan ready awal lah semua benda. jadi, sejak bulan 12/2023 dah oder dekat shopee sebab dah tahu nak kasi apa.

hadiah ni sesuai untuk cikgu perempuan. dapat 3 benda. purse comel, pin merdeka boleh guna merdeka nanti dan kerongsang tudung. semua ni kalau cikzira sebagai cikgu dapat pun happy, insya Allah cikgu cikgu anak korang pun mesti happy tau.

purse tu berguna la sebab senang nak buka dia ada magnet. lepastu masukkan dua set pin tu dalam purse tu. kecik senang nak kasi takyah beria nak balut segala. 


lepastu cikzira edit gamba dan tulis perkataan dekat IG je. print sendiri atas glossy paper. packing dalam plastik bajuarab ada banyak kan buat apa bazir. letak gambar tu depan purse. kan comel. 



total untuk 1 set hadiah tu RM9.70. purse tu RM1.90,pin merdeka RM1.90 dan kerongsang tu RM5.90. selalunya untuk Hari Guru setiap tahun memang cikzira bajet hadiah RM10 untuk setiap cikgu. Tahun ni awal, jadi dapat lah sediakan hadiah awal pack awal. setahun sekali je kan. 

sekarang ni masih sempat lagi ni ada 2 minggu lagi. mana tahu ada mak mak yang mencari idea untuk hari guru, bolehlah beli dekat shopee☺️

Saturday, November 14, 2020

Baju Tema Warna Bendera

 tahun ni sambutan kemerdekaan tak sempat cik zira order baju merdeka macam tahun lepas. jadi, cik zira mix and matchkan mana yang ada dekat rumah untuk warna warna bendera. baju kaftan kurung kuning, seluar merah, tudung biru. warna putih je takde.

lepastu tambah aksesori tali pinggang besi dengan aksesori dekat kepala. jadi, takdelah kosong plain sangat kan. aksesori pun memang amek je yang ada dekat rumah, sesuaikan dengan baju yang nak pakai tu.






dan macam biasalah cik zira kan, pantang ada tema tema, memang sejenis beria ia. dan memang rezeki orang yang beria ia sorang sorang ni, selalu menang😉

bukan kemerdekaan dan hari Malaysia dekat sekolah memang tak galakkan anak anak potong bendera untuk jadikan baju. memang dibenarkan pakai baju tradisional atau baju yang ada warna di bendera sahaja.

comel comel semuanya bila kasi pakai baju selain baju uniform sekolah. geram plak teacher tengokkan. hasil kerajinan mak mak jugak tu duk melaramkan anak-anak ikut tema. tu yang best tu.

Tuesday, March 31, 2020

huruf blok untuk hiasan

tahun ni cik zira jadi guru pembantu kelas 3 Inovatif. salah satu yang cik zira nak share dengan korang ialah huruf blok warna putih ni. cik zira beli dekat shopee. satu tu 99sen je. letak gam kuat bawah huruf tu dan lekatkan terus dia kukuh statik dekat situ.





selalu kan print laminate lekat dekat board yang biasanya kan. tapi kalini kita buat kelainan sket. cantik dipandang dari jauh pun.

korang boleh cari dekat shopee tau.

Friday, November 1, 2019

jubah hitam wajib ada

tips harini
pakailah jubah hitam atau baju hitam dan gayakan dengan tudung printed mahupun tudung plain.
gaya macam ni simple tapi nampak kan diri korang smart dan cantik dipandang.

jubah hitam wajib ada dalam koleksi korang tau.




kenapa wajib?
sebabnya bila malas, sangat malas jubah hitam ni lah penyelamat. sarung jubah, pakai tudung yang korang sangkut tu, tak gosok kan sebab malas pastu siap!

bawal best dari : thehijab.co
jubah scales dari : heaxabell

Sunday, June 23, 2019

alkisah hari sukan SK Jelutong 2019

lupa tak update lagi sukan sekolah tahun ni. jomlah update cerita sket.

berlangsung pada awal april haritu dan pertama kali buat di luar sekolah. pertama kali dalam sejarah sekolah. buat dekat IPG penang, maktab cik zira belajar dodulu.

cikgu cikgu pakai tshirt merah tahun ni. macam biasa khalisah ikut ibu bila hari sukan. tapi dia membawa nasib pepandailah bawa diri sendiri sebab ibu sibuk dari awal sampai habis. siap khalisah pergi jual belon dekat van pakcik belon.



macam biasa, tugas cik zira jadi emcee. tapi kalini best sket sebab dapat pegang dan guna walkie talkie. terasa macam cik pulis plak.





awal dugaan tu letrik takde, dahla menjerit guna speaker dekat bawah padang tu. jenuhla sekejap. lepastu ada balik.





meriah. penat tapi puas hati walaupun ada jugak penambahbaikan perlu dibuat. itu adat.

tahun ni rumah cik zira, rumah jasmine menang lagi dua kali berturut. alhamdulillah. tahun lepas pertama kali dalam sejarah jasmine menang tak pernah menang asek corot je. tahun ni tahun kedua johan. semoga ada rezeki tahun depan pulak. aamin.







selesai hari sukan tahunan SKJ tahun ni, berjumpa lagi tahun 2020 pulak. In Sha Allah.

Tuesday, March 1, 2016

Bekerja di hari sabtu

Dua minggu berturut khalisah ikut ibu pergi sekolah ibu. Dua minggu lepas sebab ada kem pengawas dari 7.40 am sampailah 3.50 pm. Seharian khalisah ikut ibu kerja.







Minggu lepas ni sebab ada merentas desa. Pun khalisah ikut ibu. Sampai pukul 1 pm.





Kalau aktiviti yang cik zira boleh bawa memang cik zira akan bawa khalisah. Kenalah dia bangun awal pagi. Tapi kalau macam ada meeting memang tak bawa.

Time kasih ye anak teman ibu keje. Ibu balik penat tido sekejap khalisah tak tido tido. Power betul bateri khalisah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails