SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 30, 2024

Cadangan Hadiah Hari Guru

Hari Guru setiap 16 Mei kan? cikzira ni sejenis memang akan ready awal lah semua benda. jadi, sejak bulan 12/2023 dah oder dekat shopee sebab dah tahu nak kasi apa.

hadiah ni sesuai untuk cikgu perempuan. dapat 3 benda. purse comel, pin merdeka boleh guna merdeka nanti dan kerongsang tudung. semua ni kalau cikzira sebagai cikgu dapat pun happy, insya Allah cikgu cikgu anak korang pun mesti happy tau.

purse tu berguna la sebab senang nak buka dia ada magnet. lepastu masukkan dua set pin tu dalam purse tu. kecik senang nak kasi takyah beria nak balut segala. 


lepastu cikzira edit gamba dan tulis perkataan dekat IG je. print sendiri atas glossy paper. packing dalam plastik bajuarab ada banyak kan buat apa bazir. letak gambar tu depan purse. kan comel. 



total untuk 1 set hadiah tu RM9.70. purse tu RM1.90,pin merdeka RM1.90 dan kerongsang tu RM5.90. selalunya untuk Hari Guru setiap tahun memang cikzira bajet hadiah RM10 untuk setiap cikgu. Tahun ni awal, jadi dapat lah sediakan hadiah awal pack awal. setahun sekali je kan. 

sekarang ni masih sempat lagi ni ada 2 minggu lagi. mana tahu ada mak mak yang mencari idea untuk hari guru, bolehlah beli dekat shopee☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails