SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, November 21, 2020

Kedai Paling Berhantu : Kedai Eco

disebabkan semua barang berhagra RM2.10, murah dan best best semuanya, sebab itulah Kedai Eco menjadi kedai paling berhantu di mana mana sahaja ia berada.

kalau dulu cik zira akan borong stok hadiah untuk anak anak dekat sekolah bila balik JB sebab JB banyak kedai yang harga RM2.10. penang takde.

tapi sejak Kedai Eco dah buka dekat penang, sebulan je wajib beberapa kali terjah shopping situ. bukan masuk butik barang branded pun tau, Kedai Eco je, tapi perasaan dia tu macam masuk kedai emas pun ada😃




biasanya memang akan beli penuh 2 bakul trolley tu. nasib baik Kedai Eco ni takde trolley besar macam mall lain, sebab dia tahu kalau ada trolley lagi mak mak ni semua shopping macam takde hari esok.

pernah membeli sampai RM250. bayangkan dengan jumlah tu berapa banyak barang boleh dapat bila dibahagi dengan RM2.10 sahaja untuk satu barang.

bahagia kan rasa?

terima kasih bos kedai eco, memberi kebahagiaan untuk orang orang macam cik zira dan khalisah. bahagia sangat setiap kali masuk kedai eco dan shopping di kedai eco.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails