SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 25, 2020

La Cremeria Ice Cream

kalau aiskrim La Cremeria yang dalam bekas tu dah biasa rasa, sedap sedap jugak. haritu nak try yang aiskrim batang dia. beli sebatang nak dkt RM5 jugak macam tu kalau tak silap.

try yang baru keluar haritu; Indulgent Peanut Butter dengan Summer Berries Yogurt. dua dua ni memang sama sekali berbeza rasanya.

ok, untuk yang peanut butter tu, bayangkan korang makan peanut butter tapi korang sejuk bekukan jadi aiskrim. makan peanut butter tapi sejuk sebab dia aiskrim. memang rasa betul betul peanut butter tu. oklah sedap sebab memang cik zira makan pun peanut butter tapi biasa sapu dekat roti kan. tapi, bila makan tapi makan aiskrim rasa macam pelik lah jugak. hehe. macam macam kan sekarang sume nak dijadikan aiskrim.




untuk summer berries yogurt plak, dia rasa fruitty berries tu dan rasa lemak yogurt. sedap dah tang situ untuk pencinta rasa buah buah dan yogurt. TAPI, disalut dengan coklat. memang rasa sangat pelik. rasa macam tak berapa kena gandingan dua ni. kalau luar tu disalut dengan yang manis manis jugak atau masam rasanya lagi ok. 

ni pendapat lidah cik zira yang merasa lah. komen sejujurnya. korang dah try?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails