Hari Jumaat cik zira suka bawa makanan pergi sekolah, makan ramai ramai. Tapi kadang tak hari Jumaat pun rasa nak bawa makanan bawa je sebab feel bila makan ramai ramai dekat sekolah tu best☺️
Baruni cik zira order Satay Wak Man, order payment pastu staf anta satay terus dekat sekolah. Masih panas panas lagi masa dapat. Kedai dia dekat Astaka Medan Suri Sg Nibong, Penang.
Order 100 cucuk. Satay ayam dan daging. Pastu dapat macam biasa timun bawang dan kuah kacang.
Pastu di hari Jumaat yang lain, cik zira bawa Biscoff Cheesecake yang sedap beli dengan adik ipar #hanimhomesbake. Bawa dua biji sebab saiz kecik comel.
Harini pun cik zira nak memasak nak bawa jugak makanan pergi sekolah makan ramai-ramai. Menunya: Spicy Fried Tomyam Spageti😋
Berkongsi rezekilah selalu, tak kisahlah berkongsi makanan ke, bersedekah ke atau apa pun, janji kita sentiasa ingat kepada orang orang yang susah yang lain.
No comments:
Post a Comment