SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 15, 2021

Weekend Outing Norma Baharu

Kalau dulu sebelum covid menjelma, asal namanya sabtu ahad wajib cik zira bawa khalisah khaliq keluar jalan jalan makan makan shopping shopping. Wajib ok! Tak kisahlah sekadar pergi tesco je pun janji keluar rumah.

Yelah, dah 5 hari masing masing pergi sekolah ibu kerja, jadi hari sabtu ahad jelah nak luangkan masa bersama sama happy happy family time.

Tapi, bila covid menjelma, PKP semua, memang patuh arahan duduk rumah je tak ke mana mana. Boring sudah tentu, jemu pun satu. 

Bila je kata dah boleh keluar tapi patuh SOP, memang cik zira bawa lah dua ketul ni keluar. Risiko sendiri cuma kena sentiasa pakai mask, basuh tangan, hand sanitizer kena sentiasa bawa.

berdoa lah jugak sentiasa supaya cik zira suami dan anak anak dan semua dijauhkan dari segala penyakit. Sentiasa sihat je. Aamiin.

Macam biasalah bila keluar tu, memang cik zira akan standby kan baju ikut tema. Khalisah khaliq memang akan matchy sama sama. Ibu tak sama tapi masih dalam tema yang sama. 







Semoga covid ni beransur pergi lah kan, sebabnya khaliq asek ajak balik kampung je nak gi uma atok. Kalau tak cuti sekolah laju dah balik kampung. Ni sebab takleh merentas negeri duduk penang jela jawabnya 😅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails