SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 28, 2021

Mi Sedaap Spicy'licious

Khalisah, khaliq dengan babah dorang ni sangat suka makan mi sedaap. Tapi fav dorang yang biasa atau yang perisa ayam. Kadang kalau teringin cik zira akan buatkan me sedaap untuk dorang. 

Tapi, walaupun suka walaupun sedap tak bolehlah makan selalu selalu kan, tak elok.

Dan cik zira pun try lah mi sedaap yang terbaru perisa spicy'licous yang sambal hijau pack hijau tu. Sebab nak rasa la pedas dia ok ke tak. Cik zira kan hantu pedas pedas ni.

Ok lepas dah masak dah makan dah rasa ini review tekak cik zira tau. Pedas dia biasa je, perisa ni rasa sambal hijau dia tu, macam tak kena je untuk makan dengan mee segera. Lepastu dia punya keropok rendang kot tak silap masha Allah keras kejung. Jenuh nak gigit. Makan dua je pastu lain takleh makan keras sangat.



Rasanya untuk budak budak dorang tak suka perisa ni, dorang akan suka jugak perisa biasa dan ayam tu. Yang ni rasa dia macam tak kena la. Kalau makan dengan nasi maybe ok kan sambal hijau tapi makan dengan mi sedaap ni macam tak berapa kena rasa dia.

Ada 4 paket lagi tu tak tahulah bila nak makan pulak😅

Kesimpulannya, biasanya kalau makanan makanan ni keluarkan benda benda baru tak berapa sedap pun, yang lama jugak sedap. 

Betul tak?

Tapi takpe, korang boleh je try kalau siapa belum try. Korang cuma bayangkan korang makan sambal hijau tapi dengan mee segera. Macam tu lah rasa dia😊

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails