SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, April 24, 2022

Ber-steamboat untuk berbuka

Sejak hari selasa keluar berbuka puasa dekat luar sebab cik zira 'cuti'. Harini Ahad duduk diam dekat rumah rehat sebab esok dah mula kerja khalisah khaliq pun sekolah nak habiskan 5 hari lagi sebelum cuti beraya. Tak sabar nak balik kampung. 

Rasa macam nak keluar berbuka makan steamboat, tapi tak jadi. Apa susah kan, order je grab. Cik zira order kuah steamboat johnny, kuah sup dengan tomyam. Wajib ada skali mestilah sos dia yang sedap tu. 




Total kuah order dengan grab dalam RM30 macam tu. 

Lepastu untuk bahan bahan lain, cik zira guna je apa yang ada dekat dalam esbok. Ada cendawan enoki favourite khalisah, sosej, fish ball, tauhu Jepun. Semua tu celur dengan kuah sup. Lepastu celur mee ruski sekali untuk megi.


Khalisah set up kan meja makan, amek mood macam makan dekat luar. Tapi berbuka dekat rumah, tenang tak kalut. Boleh makan puas puas sampai kekenyangan. 

Tak lama je lagi kan nak raya. Sket je lagi. Cik zira pun habis 'cuti' ni nak habiskan Quran lagi 2 juzuk je lagi. Haritu dah berjaya sampai 28 juzuk. Nanti kita habiskan, in sha Allah. 

Korang berbuka apa tu tadi?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails