SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 14, 2022

Black Canyon Coffee

Kalau balik JB dating dengan BFF dan anak anak, selalunya kitorang akan makan dekat Black Canyon sebab anak anak suka tomyam. 

Korang pencinta tomyam, trylah rasa tomyam dekat Black Canyon ni. Terbaik dan sangat padu tomyam dekat sini! Tak tipu. 

Coffee pun sedap sedap. Signature Iced Coffee Black Canyon yang cik zira selalu order setiap kali makan dekat sini. 

Cawangan pertama Black Canyon dekat Penang ni dekat Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Dari hari pertama buka sampailah beberapa kali pergi sunway mall tu mesti orang beratur panjang. Memang taklah cik zira nak beratur panjang panjang nak tunggu. Sebab biasa pergi tu kan weekend sabtu dan ahad. Tu orang ramai lagipun baru buka kan. 

Tapi baru baru ni cik zira bawa khalisah dengan khaliq pergi makan hari khamis, lepas habis kursus. Alhamdulillah boleh terus masuk ada meja kosong. Takyah beratur. 

Biasanya sebelum ni kalau makan amek set nasi dengan 3 jenis lauk tu. Tapi haritu nak try noodles plak. Khalisah makan bihun tomyam. Cik zira order kuey teow ladna pastu order fried kuey teow chicken untuk khaliq. 






Air order coklat ais dengan kopi ais signature tu. Total semua makan dalam RM70+. 

Kenyang makan siap bungkus bawa balik sebab portion nya banyak tau. Kalau betul betul lapa boleh habis. Kalau perut dah kenyang memang tak habislah jawabnya. 

Cik zira pesan lagi sekali ni, siapa pencinta tomyam, suka try tomyam di black canyon ni. Serius sedap!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails