SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 17, 2022

Taman Cantik dan Bersih dekat Georgetown

Sebelum ni asek lalu je kalau nak pergi komtar ke 1st Avenue ke. Suka tengok dengan budak budak sebab ada slides tinggi. Lepastu tengok dari dalam kereta memang bersih je tamannya. 

Baruni hari sabtu, pergi 1st avenue makan jalan jalan. Masa tu petang dan hujan. Duduk dalam mall tu sampai siap maghrib dan isyak. 

Nak balik kan lalu taman tu. Budak dua ketul ni mengharap la ibu benti nak main. Ingatkan macam gelap la kan tak berani jugak. Sekali tengok ada orang main dengan anak anak jugak. Terus cari parking, ajak khalisah khaliq turun. Seronok bukan mainlah dorang. 








Memang bersih dan luas. Ada slides, ada swing ada tempat panjat panjat. Kalau datang malam best tak panas. Tapi main sekejap je terus berlari masuk kereta sebab hujan lebat. 

Takpe, nanti lain kali boleh datang lagi. Kalau korang tak tahu nak bawa anak pergi mana cuti kan, bolehlah bawa ke taman taman macam ni. Tak payah pergi tempat guna duit pun, pergi taman macam ni pun anak anak dah happy sangat!

Betul kan?


LOKASI : SIA BOEY URBAN ARCHAEOLOGICAL PARK

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails