SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, January 31, 2025

JJCM JB : Nasi Blauk Larkin

semalam, sebelum gerak balik ke Melaka semula, cikzira khalisah dengan abdul khaliq lunch dekat Nasi Blauk Larkin. 

menu hidangan pantai timur, ada nasi kerabu, ada nasi kakwok, daging harimau menangis semua tu. kedai simple takde deco deco tapi bersih ada aircond, selesa. masa sampai tu penuh meja lepastu ada satu meja kosong terus masuk duduk. 

cikzira dengan khalisah amek menu set untuk 2 orang makan dapat 2 nasi putih, telur dadar, tomyam urat keting + daging tetel dengan daging harimau menangis RM47.80. lepastu abdul khaliq oder nasi kids.

tengok gambar lah eh:







rasa ok, cuma telur dadar guna minyak goreng kunyit tu telur pun kuning. tomyam tu ok cuma tak berapa kick. daging harimau menangis sedap. 

next time kalau repeat, nak try nasi kerabu pulak sebab tengok ramai oder jugak. Overall cikzira bagi 3.5/5⭐️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails