kitorang dinner dekat homestay sini je ada Restoran Seafood D Bendang. Ada sijil Halal tau. restoran besar luas selesa. masa kitorang makan tadi takde customer pun, kitorang je.
oder nasi putih dengan lauk ala carte je sebab nak order shell out macam tak berbaloi makan bertiga je harga pun boleh tahan.
ni apa yang cikzira order:
Sotong Goreng Tepung RM28 6/10 |
Ayam Buttermilk RM28 6/10 |
Telur Dadar RM7 7/10 |
Jus Oren RM8 : 9/10 Ais Kosong RM1 |
sebab malas nak keluar kan, jadi makan jela dekat sini. janji kenyang. cumanya rasa tu biasa biasa je untuk lauk yang cikzira order. harga pulak standard la kan restoran seafood.
itu je review jjcm cikzira untuk post kalini. nanti cikzira nak share pasal Villa Chee ni best tau😍
No comments:
Post a Comment