SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 15, 2009

..:: alkisah cerita rekaan ktrG ::..


hehe,,

td kelas terakhir YTM,,so macam biasa,sgt bosan,,then ajak zati,bie,fqa ngan shikin men sambung2 cite,,tp citenye tergantung sbb kelas da habis,,hehe,,so,korang blh teka2 la ape endingnye yew,,hehe,,=D

Batrisya termenung mengenangkan Luqman. Ketika itu, bunyi rintik hujan amat deras. ia mengingatkan Batrisya kepada kenangan silamnya bersama Luqman. Berduaan di tepi pantai, membiarkan kaki dibasahi air pantai. namun kini, semua itu terpahat menjadi memori paling pahit di kotak fikirannya - sakit dan perit derita yang ditanggungnya asyik terkenangkan kisah lama.Luqman pergi meninggalkan Batrisya tanpa bersebab, tanpa meninggalkan sebarang kata-kata membuatkan Batrisya sering menyalahkan dirinya sendiri.

Mungkinkah aku yang bersalah atau dia yang memungkiri janji,pergi tanpa pesan,,,sering kali kata-kata itu terngiang2 di lubuk hatinya. mengapa dia yang harus mengharungi semua ini? apakah salahnya selama ini sehingga amat terseksa balasan yang perlu ditanggung?

Ketukan di pintu mengejutkan Batrisya dari lamunan panjangnya.

“Siapa?,” soal Batrisya.

” Luqman? you buat apa kat sini?,”Batrisya tergamam melihat lelaki yang amat dicintainya kini berdiri di hadapannya.

” im so sorry Batrisya sebab da lama tak jumpa you. i jus want you to know that i really miss u,honey.” Luqman memberikan senyuman manis.

Tiada kata-kata dapat dituturkan oleh Batrisya. dia hanya mampu memandang dengan pandangan kosong. namun,melihatkan wanita berkulit langsat yang kemudiannya muncul di sebelah Luqman membuatkan hati Batrisya menjadi curiga.

” Who is she?,” soal Batrisya kepada Luqman sambil matanya memerhati setiap inci rupa dan bentuk paras gadis di sebelah Luqman itu.

” Sayang, this is my wife. I’m so sorry, I tak sempat nak ceritakan segalanya pada you. i’m really sorry.” Luqman berkata sayu.

” Don’t call me sayang anymore, Luqman.” Batrisya membentak,kecewa.

” Kenapa dengan you ni ,Luqman? ini sape?,” giliran wanita itu pula bertanyakan Luqman.

Menyedari keterlanjuran katanya sebentar tadi kepada Batrisya, Luqman membatukan dirinya.

” Ok,dengar sini both of you. I dah tak sanggup lagi hidup terus-terusan macam ni. hidup I tunggang langgang, kacau bilau dah ni. you all tolonglah jangan buat perangai,jangan nak macam-macam. dengar betul-betul apa yang I nak cakap sekarang ni, please,”

Kelihatan Luqman menghela nafas panjang. ditenung dan direnungnya kedua-dua wanita itu silih berganti.

” Aisyah, if you wanna know, this is Batrisya. she is my love, my first love and my forever love. Batrisya la yang I selalu ceritakan pada you. i bawa you jumpa Batrisya sebab i nak jelaskan sume to both of you.” Luqman kembali bersuara selepas beberapa minit membisu.

” Maaf Luqman, i tak berminat nak tahu kenapa you nak bawa dia jumpa I and i taknak jumpa you lagi sebab i dah nak bernikah malam nanti.” Batrisya berlalu pergi dari situ.

Luqman cuba mengejar Batrisya namun dihalang leh Aisyah. Tiba-tiba lengan batrisya dipaut oleh seseorang, kemas, menghalang Batrisya dari melangkah lebih jauh.

” You, abang? Apa you buat kat sini?,” seperti mahu pengsan Batrisya tatkala menyedari cengkaman erat di lengannya itu adalah milik Rizman. langsung dia tidak menduga kehadiran Rizman ketika itu tatkala saat genting begitu.

Situasi semakin genting dan mereka berempat saling berpandangan.

Rizman menarik Batrisya dekat dengannya. Batrisya memandang tepat pada anak mata Rizman dan mengangguk lembut. Rizman yang memahami ucapan terima kasih Batrisya itu kemudiannya memaut erat jari-jemari Batrisya.

Luqman yang terkedu melihat kehadiran Rizman itu tergamam apabila menyedari Rizman itu ialah teman sebiliknya di universiti dahulu.

” What a small world.” Luqman menggelengkan kepalanya, memandang Rizman sambil tersenyum.

Sungguh Batrisya tidak menyangka bahawa Luqman dan Rizman mengenali antara satu sama lain dan keduanya mencintai dirinya.

” Jangan salahkan aku kerana mencintai Batrisya,” Rizman memandang Luqman, tajam.

” Rilex la Riz. Aku yakin ada yang terbaik yang akan ditentukan oleh-Nya.” Luqman berkata sambil menepuk - nepuk bahu Rizman.

Aisyah akhirnya menarik Batrisya dan membawanya pergi ke tempat lain menjauhi Luqman dan Rizman.

,,,,,,,,, apakah kesudahan cerita neh,,sama2 la kt teka yew,,tgkla kalo ktrg rajin nak menyambung cite neh,,kt akan tulis kat sini tau,,,, kt macam ada cerita sendiri utk cite neh tp sbb ktrg berlima,,so,masing2 ada cite msg2,,tu yg best tuh,,ehe,,so,sampai sini jew citenye yep,,,=D

1 comment:

zitohmiyamapi said...

Luqman tu asalnya org indon kacuk kelantan.. Huhuhu.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails