SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, April 15, 2009

~IBU~

memori perkahwinan abah ngan mak

Ibu..Ibu engkaulah ratu hatiku

Bila kuberduka engkau hiburkan selalu

Bait-bait kata di atas seringkali kita dengar menjelang hari istimewa iaitu Hari Ibu.Setiap kali lagu Ibu itu deperdengarkan, pasti kita juga akan menyanyikan bait-bait tersebut. Semerdu lagu itu, begitulah indahnya kasih ayang seorang ibu kepada anak-anaknya. Ibu merupakan seorang insan yang paling istimewa dalam diri setiap individu. Tanpa ibu, hidup ini pasti tidak seindah dan seceria pelangi.

Semua orang pasti ada ibu. Dulupun aku ada ibu. Tapi sekarang tidak lagi. Ibuku yang amt kucintai kini telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Ibu yang selama ini di depan mata, kini menghilang tak akan kutemui lagi. Walauypun pemergian ibuku tidak kupinta, namun semua itu sudah ketetapan yang harus kuterima sebagai seorang yang beriman.

Pn Azizah bt haron lahir pada 19 Mac 1959 dan kembali menyahut seruan Illahi pada 18 jun 2002. pergi meninggalkanku dan adik-adik ketika usianya 43 tahun 3 bulan. Hospital tengku ampuan Afzan , Kuantan menjadi saksi perpisahan abadi antaraku dan mak. Tanah Perkuburan Kebun The Johor Bahru menjadi tempat keramat persemadian sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa dan bakal berdepan dengan alam yang lain. Pemergian mak aku tangisi dengan linangan air mata kepiluan yang amat sangat. Mak pergi takkan kembali.

Bersempena hari ibu, aku ingin coretkan sesuatu yang istimewa tentang ibuku buat tatapan pembaca. Aku berharap coretanku ini dapatdijadikan renungan kepada semua yang masih bertuah kerana memiliki seorang ibu. Ibu dan anda hidup di dunia ini buat sementara. Oleh itu, selagi hayat dikandung badan, sayangilah dan hargailah ibu anda.

Mak telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Pengorbanan mak sangat besar dan tidak mampu untuk aku membalasnya. Selepas perpisahan mak dan abah pada usiaku 14 tahun, mak dengan tabah menjaga kami anak-anaknya seramai 4 orang. Walaupun dicemuh dan dikata mak tidak menghiraukan itu semua kerana mak tahu anak-anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Aku amat mengagumi mak. Semangat mak tinggi. Mak mahu membuktikan walaupun tanpa insan bergelar suami di sisi, mak mampu menjaga anak-anak walaupun payah. Mak seboleh-bolehnya tidak mahu melihat kami bersedih. Setiap hari mak menghiburkan kami dengan gelak tawanya yang masih kuingat sehingga ke hari ini. Namun aku tahu gelak tawanya itu hanya mahu menutup kesedihannya. Mak sering menangis setiap malam mengenangkan nasibnya. Mak banyak bersabar dengan kerenah kami yang makinm membesar ini. Aku sebagai anak yang sulong sedaya upayacuba

menyelami isi hati mak.

Untuk pengetahuan semua, mak sakit. Jantung mak tidak boleh berfungsi sepenuhnya. Mak berulang alik ke hospital besar untuk rawatan setiap bulan. Kalau orang lain ditemani sang suami, mak gagah pergi seorang diri. Betapa mak sanggup menangguhkan rawatan pentingnya diKuala Lumpur

kerana tidak sanggup meninggalkan kami sendirian. Mak amat risaukan kami sehingga sanggup mengabaikan kesihatannya.

Apa yang kami minta sedaya upaya mak akan penuhi. Mak tak mahu kami berasa sedih kerana mak tahu betapa sukarnya kami menjalani kehidupan tanpa abah di sisi. Mak mencurhakan segala kasih sayang kepada kami kerana hanya kamilah yang dekat dengannya tika dan saat itu. Setiap hujung minggu mak akan membawa kami makan di luar dan berjalan-jalan di Bandar Kuantan.

Banyak kenangan manis antaraku dan mak sepanjang 16 tahun aku hidup bersamanya. Bukan senang untuk menjagaku dan adik-adik . Tapi mak yang bersifat penyayang dan berhati lembut itu dengan sabar menjaga dan mendidik kami. Mak sering menasihati kami agar kami tahu menjaga diri di masa hadapan kelak. Mak mahu kami menjadi insan yang berguna buat Negara tercinta.

Mak akan masak lauk yang sedap-sedap setiap kali ulangtahun kami. Mak mahu kami menyambutnya dengan gembira. Masakan mak yang lazat itu akan kukenang sampai bila-bila kerana mustahil bagiku untuk merasa makanan sesedap mak. Mak sangat baik dan penyayang buatku dan adik-adik. Segala masalah kami akancuba

diselesaikan dengan penuh berhemah.

Aku masih ingat lagi kami menghadiahkan mak sepasang kasut berwarna coklat dan sekeping kad buat mak sempena Hari Ibu tahun itu. Mak menggayakan kasut itu di depan kami sambil tidak henti-henti mengukirkan senyuman. Aku tidak sangka itulah hadiah terakhir dari kami buatnya setelah setiap tahun mak menerima hadiah dari kami. Sekarang, hanya surah yasin dan Al Fatihah hadiah suci buat mak.

Tahun terakhir bersama mak, aku gembira kerana menurut kata mak dan tak pernah berselisih faham dengannya. Mak seringkali berkata tentang hajat-hajatnya sebelum dia ‘pergi’. Aku ingatkan itu semua Cuma satu gurauan namun gurauan itulah yang menjadi kenyataan jua. Betapa mak pergi tanpa pesan. Hanya nasihat mak yang aku pegang sehingga kini.

Tuhan , aku bersyukur dan berterim kasih padaMu kerana mengurniakan aku seorang ibu yang amat baik walaupun hanya sekejap. Namun dalam masa yang sekejap itulah aku amat mengerti dan menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh mak. Tidak akan ada seorang pun yang layak untuk menggantikan takhta mak yang diibaratkan seorang bidadari syurga. Saat-saatku bersama mak adalah saat yang paling bermakna dalam hidupku.

Walaupun mak tidak dapat membaca coretanku ini, namun aku percaya mak mendengar sis hatiku sekarang. Inginku coretkan warkah buat mak yang jauh di mata tapi dekat di sanubariku. Buat tatapan pembaca sekelian, aku mahu kalian mengerti betapa aku kini amat merindui insan yang amat kusayang. Aku pati air mataku ini menjadi saksi betapa aku kesepian tanpa mak di dunia ini.

Mak,

Dulu, setiap malam rah meratapi pemergian mak. Rah sedih sangat bila mak tinggalkan rah dan adik-adik. Mak tahukan

betapa rah menyayangi mak betapa rah mencintai mak? Mak, rah nak mak tahu betapa rah amat merindui mak.terima kasih mak, mak telah banyak berkorban untuk rah dan adik-adik. Jasa mak akan rah kenang. Ketahuilah mak, dengarlah mak, anakmu ini dari jauh memohon ampun. Walaupun kita tak mungkin bersama namun wajah mak dan gelak tawa mak akan rah ingat buat selama-lamanya. Rah sayang mak.

Kini, aku tidak lagi berkongsi duit dengan adik-adik untuk membelikan hadiah sempena Hari Ibu. Semuanya tinggal kenangan. Aku hanya mampu melihat kegembiraan insan lain menyambut Hari Ibu bersama ibu mereka. Aku hanya mampu melihat dan menangis setiap kali menonton drama-drama sedih tentang ibu. Aku perlu pasrah dan perlu sedar bahawa kini aku tidak beribu.

Jikalau insan lain menyambut Hari Ibu dengan kek dan makanan yang enak-enak, aku dan adik-adik menziarahi pusara mak dan mengimbas kenangan kami bersama mak dengan linangan air mata. Kalau insan lain dapat mendakap tubuh dan mencium pipi ibu mereka sempena Hari Ibu, aku hanya mampu membacakan surah Yasin buat mak. Ya Allah, betapa hebat dugaan yang Kau berikan padaku. Memisahkan aku dan mak tatkala aku masih memerlukan belaian kasihnya.

Kepada semua insan yang masih beribu, perlulah menghargai ibu anda selagi hayat mereka ada. Usah biarkan ibu mengalirkan walau setitik pun air mata kesedihan. Biarkan ibu menagis kegembiraan melihat anak-anaknya berjaya. Ciumlah dan dakaplah ibu anda sepuas-puasnya setiap hari. Ikutilah segala nasihatnya dan jangan sesekali melukai hati ibu. Sekali ibu terluka, kalau kita tidak sempat meminta maaf, bayangkan betapa menyesalnya kita nanti.

“Ibuku Sayang” , coretanku ini diharap dapat dimengerti oleh kalian semua. Bukan mudah untuk melupakan kenangan manis bersama ibu sekiranya ibu pergi meninggalkan kita. Hanya kesedihan menyelubungi diri pada Hari Ibu yang mulia seperti ini. Dendangkanlah lagu Ibu semerdunya buat ibu anda semua. Selamat Hari Ibu.

Ibu…Ibu… engkaulah ratu hatiku

Bilaku berduka engkau hiburkan selalu

Ibu..ibu.. engkaulah ratu hatiku

Engkau tak dapat kulupakan

Wahai ibu….

Ierarahman 2003

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails