SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, October 15, 2009

memperkenalkan chenta2 hati cik zira


sebelum membace entry panjang ini, tgk dulu 3 kpg gamba yang dipetik dari album gamba raya 2009 kami bertiga yew,,

raya keempat
raya kedua
raya pertama



okeh, cukup tgk gamba 3 keping ituh,, siap sedia untuk reading skills plak yew,,

1

2

3....


buat semua yang belum tahu, cik zira nak gebang ni, cik zira ade 2 org kekasih dan chenta hati tau,
2-2 tuh adalah adik2 lelaki yg amat cik zira sayang dan cintai,,

dorang ni mmg sentiasa ada dalam hati cik zira sebab ktrg da harungi segala macam susah payah bersama dan cik zira kuat sebab cik zira ade 2 org ni jantung hati cik zira,,tanpa dorang, mungkin cik zira tak sekuat dan tak setabah sekarang ni,,

sebab itula, cik zira tak boleh ade bf kot sbb takde sape lagi leh mengatasi sayang dan cinta cik zira pada 2-2 chenta hati cik zira ni,,they always be on my top list,,forever,,

adik2 and chenta2 hatiku tersayang, izinkan rah memperkenalkan korang dekat semua yang membaca belog merah rah ni ea,,hehe,,

memperkenalkan ............................................ CHENTA HATI 1



adik bawah cik zira,,anak kedua dan anak lelaki pertama dalam keluarga

nama beliau : azri bin abdul rahman
tarikh lahir beliau : 26 mac 1988 (bday cik zira 27 mac, ktrg sambut sama2,,sebab bday tarikh sebelah2 jek, sbb tuh perangai lebih kurang jew)
tempat lahir beliau : hospital sultanah aminah, jb
umo beliau skang : 21 tahun
status : single (rasanyela kot, kan jeri?ngeh ngeh)
pekerjaan : bekerja kat gerbang selatan sebagai technician,,
lulusan : sijil dari IKM

meh cik zira cite sket pasal chenta hati 1 aka jeri cik zira ni yew,,

1. dia ni kurus, kalo buka baju mmg nampak tulang,,
2. pemalas la tp time datang rajin dia,mmg habis bilik dia kemas
3. panas baran sket ni, kalo cari barang x jumpa, mengamuk, kalo men game kalah, mengamok,,
4. pelupa, selalu lupa letak barang katne, jeri, mmg dari dulu sampai skang perangai ko camtuh,,
5. sangat hormat orang tua, sangat sayang atok ngan bik ani
6. berani, rasa nak cakap sesuatu kalo dia rasa betul, dia akan cakap tanpa ragu2
7. kalo nak sesuatu, dia akan usaha sampai dapat (macam akak dia jugak)
8. kalo nak pendapat atau share sesuatu, dia akan share ngan akak dia
9. sangat sayangkan keluarga
10. pandai layan budak kecik, calon bapa penyayang
11. pemilih sket bab makan ni, sebab tuh kurus
12. hisap rokok
13. ade sebijik moto kesayangan, rxz dia tuh,,
14. pandai bawa keta, suka nek keta ngan dia, cik zira jadi berani drive keta sbb chenta hati 1 la,,
15. agak boros terutama bab2 beli barang keta atau moto
16. simple dalam berpakaian tp kadang2 dia akan tanya akak dia jugak padan ke tak
17. dulu dia kata dia suka pompuan yg chubby cam cik zira ni tp skang taste da berubah, suka yang kurus2 jugak,,nyampah!
18. suka tolong kawan2
19. pemimpin yang baik
20. pendek kata, sape dapat chenta hati 1 ni mmg untungla sebab dia kata, dia nak jaga bini dia elok2, jaga anak dia elok2 tp bini dia nanti kena jaga dia elok2 juga kalo tak, cik zira ceraikan dia, eh, silap2, kalo tidak, cik zira bagi kursus nanti,,hehe,,



memperkenalkan ................................................. CHENTA HATI 2


anak ketiga dalam keluarga

nama beliau : mohd ashraf bin abdul rahman
tarikh lahir beliau : 27 julai 1989
tempat lahir beliau : hospital sultanah aminah, jb
umo beliau skang : 20 tahun
status : single
pekerjaan : masih blaja di UPNM, sg besi
lulusan : bakal mendapat ijazah, masih belajar

okeh, ciri2 chenta hati 2 cik zira aka yap

1. sangat jaga solatnya, rajin ke surau
2. pandai, selalu dapat result bagus2, yap rajin blaja
3. tahap displin yang tinggi - sebab tu jadi tentera
4. kemas dan smart
5. tidak merokok
6. pemimpin yang baik (ktrg adik beradik dilahirkan utk memimpin, dari skola slalu jd ketua)
7. susah nak marah, sangat penyabar, cik zira x penah tgk chenta hati 2 marah, dia lebih suka diam bila dia marah, tp mmg tak penah marah la pendek kata, salute yap,,
8. hormat orang tua
9. pandai layan bdk2 juga, tp garang sket la banding ngan chenta hati 1
10. bertanggung jawab dan amanah
11. cerewet sket bab2 pilih2 pakaian ni,,kalo dia sopin, lama ngalahkan akak dia sendiri, tanak ikut dia sopin,, lama sgt nak pilih,,
12. selalu bagi duit kat atok, bik ani, tok yam, even cik zira ngan chenta hati 1 pon dia bagi duit
13. cermat tau ornya, tak suka membazir,,
14. currently duk addicted ngan chatting room, cari ramai kenalan katanya
15. suka girl yang kurus2 sebab dia kata pompuan kurus ni model dunia,,entah pape
16. suh cik zira carikan wife utk dia sbb dia kata, time dia belayar nanti, wife ngan anak2 dia tinggalkan ngan cik zira,,so, cik zira akan cari yg ngam la ngan cik zira ni? ade sape2 nak jadi calon? bes tau dpt kakak ipar cam cik zira ni,,hehe,,
17. chenta hati 2 ni cam diam sketla berbanding chenta hati 1 sbb dia lebih suka diam kalo takde benda dia nak cakap, kawan2 dia pon sume stok skema2 sbb pandai2 kot,,hehe
18. dulu kan time dajah2 la, ingat lagi time dajah 6, chenta hati 2 ni sangat gemok gedempol la badan dia, tp tak tahu sape sumber inspirasi dia sampai dia boleh kurus sbb dia puasa straight 3 bulan n buat exercise tiap2 hari,,skang lagi kurus sebab duk dalam kem tuh,,bezala time dia skola dulu dengan time skang
19. bab makan, dia senang sbb dia makan jek ape yg ade depan mata, tp skang dia kena jaga makan sebab tentera kena sentiasa fit,,
20. pendek kata dan kesimpulannya, sape jadi wife chenta hati 2 cik zira ni mmg untung sebab dia calon suami mithali yang insya Allah leh jaga dan bimbing wife dia dengan baik..



itula serba sedikit tentang chenta2 hati cik zira yang berada di tangga paling atas dalam hati cik zira,,dorangla adik, dorangla teman, dorangla kekasih dan dorang la segala2nya buat cik zira,, cik zira sayang dorang lebih dari cik zira sayangkan diri cik zira sendiri,,sape tak sayang adik kan??

oleh sebab itula, tiap2 hari cik zira doakan dorang yang terbaik dan doakan semoga satu hari nanti dorang temui jodoh yang baik yang dapat jaga dorang,,


dan cik zira masih ingat, masa arwah mak nak dikebumikan dan nak masuk dalam liang lahad tuh, chenta hati 1, chenta hati 2 dan abah lah yang pegang jenazah arwah mak masuk dalam liang lahad tuh,,itulah untungnya ada anak lelaki,,

sesungguhnya tiada kata untuk menggambarkan betapa chenta2 hati ni sangat bermakna dalam hidup cik zira,,dorang tabah setabah cik zira mengharungi macam2 dugaan dan ujian yang Allah berikan,,ktrg mmg dah belajar macam2 daripada pengalaman,,ktrg mmg dah tahu erti kesusahan dan sebab tu ktrg skang nak bahagia jek bersama,,ktrg mmg idop berdikari dan usaha sendiri nak dapatkan pape,,


sebab tu la cik zira merah ni takleh ada bf kot, sbb dia rasa takkan ada mana2 laki yang sayangkan dia macam mana chenta2 hati sayangkan dia,,hehehehe,,;>


secara tersimpul nya, eh silap, sebagai kesimpulannya, cik zira cuma mahu nyatakan di sini bahawa tulang belakang yang menjadikan cik zira kuat dan tabah sehingga skang adalah chenta2 hati cik zira yg dua orang ni sebab dorang selalu pesan kat cik zira

"takpe jirah, jirah still ade ktrg dan ktrg ade jirah"

betul tuh,,walaupon kt dah takde mak, dan abah pon bukan abah yg dulu, kt masih bersama, bertiga dan berkongsi suka duka sama2,,rah kuat sebab korang dan korang pon kuat sebab rah,,kt sama2 janji akan bahagia sampai bila2 k?

buat jeri dan yap, rah sayangkan korang, rah cintakan korang, rah sentiasa doakan yang terbaik utk korang sbb rah ada korang harta rah paling beharga,, ingat tau, mana2 pon korang pergi, ape pon korang nak buat, jangan lupa Allah, jangan lupa mak sbb kt masih pegang nama mak ngan abah, kt kena jadik anak mak ngan abah yang terbaik yg boleh wat keluarga kt bangga dengan kt tau,,


rah sayang korang sampai mati,,
cinta dan kasih rah kat korang sampai akhir hayat rah,,
doa rah yang terbaik untuk korang setiap masa

RAH BETUL2 BANGGA DAPAT ADIK2 MACAM KORANG
BUKTIKAN PADA DUNIA, KT BOLEH BERJAYA WALAUPON KT DAH TEMPOH MACAM2 DUGAAN ALLAH BAGI KAT KT,,

SAYANG KORANG SAMPAI BILA2,,MUAH!!~~


tulisan dan coretan oleh akak korang yang gumuk dan merah ini : hazirah abdul rahman


** dorang 2 org ni cakap cik zira gemuk, so cik zira kena admit, kalo org len tego cik zira gemuk, cik zira tak kesa, tp kalo bdk berdua ni tego, cik zira kesah,,hehe,,

*** terima kasih buat anda2 yg membace entry ini sehingga tamat,,syabas cik zira ucapkan,,







~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 15 oktober 2009 2.30 a.m.

11 comments:

intanurulfateha said...

.kem salam kt jeri
.i kurus ;p

Aleen Afifi said...

salam..

erm..belom penah aleen jmpe kakak yg syg bangat kat adik2 dorg cm yg zira nh..
aleen pon xde syg adik2 aleen cengini...syg gtu2 jer le..
huhu..

sedih pon ade bace entri zira nih..huhu..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

intan~~ akan kusampaikan salammu itu intan,,=)


aleen~~ biasalah aleen, bila ktrg takde mak, ktrg jadi makin rapat,,

Kaseh Mucuk said...

hai KAKAK! hahahah

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hi kak mucuk,,=)

ratna said...

salam kenal..

ngapa aku rasa touching ekk baca entry ni..

semoga apa yg awak doakan utk adik2 awak dimakbulkan.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

salam kenal kak ratna,,

kt kalo bercerita pasal chenta2 hati mmg sayu punya,,hehe,,

thanx kak,,=)

Shamimi said...

gemuk kew?x gemuk pn sy tgk.okay jew.x th la klu mata sy sepero.


p/s: perempuan mmg selalu obses dgn bdk bdn kn.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

takdela, sebab kt bukan dikategorikan kurus dan takla gemok sgt pon, tp gemukla jugak tuh,,hehe,,dah chenta2 hati kata gemuk, kena terima jela,,;>

Shamimi said...

owh okay.bgs ar ada 2 chenta hati syg dkt kamu. klu dorg ckp mcm tu maknanya dorg ambil berat psl kamu. dorg nk sister dorg chantek la tu. btol tak?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

betul tu shamimi,,
adik mana tak bangga kalo dapat akak merah suka melaram macam cik zira neyh kan,,ngeh ngeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails