tetibe je
di petang2 begini
teringatkan chenta2 hatiku
chenta hati 1 : azri dan chenta hati 2 : mohd ashraf
chenta hati 1 skang 22 tahun dan chenta hati 2 skang 21 tahun
kakak merah mereka 24 tahun
terfikir
dan memikir
dalam 10 tahun ini, pasti chenta2 hati akan bertemu dengan jodoh mereka
kalo tidak kawen pon, pasti sudah ada pilihan hati masing2
dan dalam 10 tahun ini
cik zira kena bersedia untuk berkongsi kasih chenta2 hati bersama kekasih hati mereka
kena bersedia untuk menerima kenyataan yang mereka bakal dimiliki dan memiliki
memang sukar untuk menerima perkara seperti itu
tapi inilah kehidupan
setiap daripada kita akan bertemu pasangan hati masing2
begitu juga dengan chenta2 hati
jadi, sebagai kakak
sebagai kakak merangkap emak juga
sebagai kakak merangkap abah buat seketika waktu
kakak inilah perlu melepaskan chenta2 hati untuk kebahagiaan mereka
sebab hanya itu yang kakak ini selalu doakan untuk mereka
supaya mendapat isteri yang baik, yang boleh menjaga chenta2 hati seadanya
harapan semoga isteri2 mereka nanti ngam dan sekepala lah dengan kakak ipar merah ini
ya,
mungkin masih terlalu awal untuk memikirkan perkara sebegini
tapi
pejam celik
masa akan cepat berlalu
sebab itu daripada sekarang kena selalu memikirkan tentang ini
supaya bila ianya terjadi, diri tak akan termanggu dan bersayu
tiada sesiapa lagi melainkan chenta2 hati yang bertakhta dalam hati ini
mereka berdualah nyawa dan harta untuk teruskan kehidupan
tidak dapat bayangkan hidup tanpa chenta2 hati
okeh
ini semua akan berlaku dalam masa 10 tahun dari sekarang
ops, teringat kata2 chenta hati 2 aka yap,
"yap nak kawan dengan semua kawan2 lelaki rah, nak suruh dorang paksa rah kawen,"
hehe
sweet bukan?
sampai macam tuh sekali
adik sendiri sudah paham benar perangai akak merah nya ini
yang mahu teruskan kehidupan bersendiri jika Allah izinkan dan makbulkan,,=)
tidak mengapa wahai chenta2 hatiku
jika korang mmg benar sayangkan kakak mu ini, walau sudah beristeri
datanglah dan jenguk2lah kakak merah ini yang sentiasa kasih sayang dan cintakan kalian sehingga menutup mata dan sehingga berada di alam sana,,=)
gamba tatapan:
~~ kalo bercerita dan teringat chenta2 hati pasti sayu sbb selalu terbayang terpaksa berpisah dengan dorang bila dorang da kawen nanti,,,uwaaa!!!,,,='(
No comments:
Post a Comment