SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 19, 2010

permainan tuju tin




apa kata entry kali ni cik zira cerita plak pasal permainan tradisional?
ok kan?
permainan zaman-zaman kita dulu banyak, contohnya galah panjang, ting ting, pepsi cola, aeiou, dan banyak lagilah, masak-masak pun permainan dulu-dulu jugak kan





dan permainan yang cik zira nak kongsi dengan semua ialah permainan tuju tin
tak tahulah kalau korang panggil lain kan sebab permainan macam ni lain negeri lain panggilannya kan




best sangat main ni, masa kat maktab selalu men dengan budak-budak dalam blok
grup cik zira selalu gak jadi champion,, cewah!
kalau main tuh, menjerit nya tak payah cakap lah kan, yelah, takut sangat kena baling dengan selipar tuh
memang seronok main ni




dan masa grup TEYL ktrg anjurkan program ada permainan tradisional ni, grup zira dapat tempat kedua tewas dengan grup champion dekat dalam blok,,hehe




ni cik zira nak cerita beserta gambar last cik zira main dengan kawan-kawan masa balik maktab hari tuh, teringin nak main, bising kat court badminton tuh gara-gara ktrg ni berlari berkejaran main tuju tin ni,,





baiklah tanpa melengahkan masa lagi, mari teruskan pembacaan mengenai permainan ini





bahan-bahan yang diperlukan :


  • selipar yang tak keras sangat tak lembut sangat - pastikan kalau baling boleh jatuhkan tin dan kalau baling kena orang x sakit
  • tin susu sebanyak 10 tin
  • orang yang cukup untuk membentuk 2 kumpulan berentap (aik, ini bahan ke??kekeke)



LANGKAH 1

ktrg main hari tuh ramai, dalam satu kumpulan tuh ada sampai 7 orang
jadi, bahagikan pemain kepada 2 kumpulan
selalunya, akan assign ketua kumpulan sebab ketua kumpulan ni lah pakar mengatur strategi, pakar 1 to som masa nak mulakan permainan, kira pakar semuanya lah nak bagi menang,,




LANGKAH 2

ketua kedua kumpulan osom nak tahu sape mulakan dahulu
bila dah tahu, kumpulan yang jalan dahulu ialah kumpulan yang baling selipar dahulu
kumpulan lawan kena jaga tin jangan bagi jatuh
kena baling selipar matikan ahli kumpulam lawan supaya dapat giliran pula untuk berentap





LANGKAH 3

cara menyusun pun ada strategi oleh pihak lawan, kena belajar tuh sume




tin sudah disusun elok
permainan dimulakan
pihak yang jalan dulu setiap seorang diberi peluang untuk baling selipar pada jarak yang ditetapkan untuk jatuhkan tin tersebut
setiap ahli diberi 2 kali peluang, jika sume balingan sudah dibuat tetapi tin tidak jatuh, automatik kumpulan lawan diberi giliran




jika tin berjaya jatuh
semua kena bersedia, pihak yang jalan kena usaha untuk susun tin itu semula dan pihak lawan kena berjaga dan memegang selipar untuk membuat balingan kepada ahli pihak yang jalan untuk matikan dorang, kalau mati, takde peluanglah nak susun tin





nak men ni, kena pantas dan cekap
kena reti membuat balingan tepat dan kena cekap menyusun tin dan mencari peluang
strategi itu penting dan persefahaman sesama ahli juga penting




dan alhamdulillah, selalu cik zira men selalu dapat kumpulan best dan selalu menang
macam hari tuh main kan, walaupon asek dimatikan awal, dorang tanak bagi peluang kat cik zira susun tin langsung, tapi kumpulan cik zira tetap menang




walaupon setiap kali nak jalan jek, dorang akan serang cik zira bagi mati yang awal-awal sekali
apelah dorang ni, bagilah peluang sikit, takutlah tuh cik zira beraksi,,ngee


lihatlah aksi balingan cik zira

membaling lagi

dan lagi, kena sapelah agak-agaknya ye?

lari menuju ke tin

lihat, selipar dibaling ke arah cik zira tau, sedih, sob sob,, =(



LANGKAH 4

pihak yang jalan akan cuba elak dari terkena selipar dan cuba mendekati kawasan tin untuk menyusun tin tersebut dengan sempurna
jika berjaya menyusun tin itu, langkah tin itu menandakan sudah berjaya
mendapat 1 mata





LANGKAH 5

giliran pihak lawan ditentukan sekiranya pihak yang jalan tidak berjaya menyusun tin dan semua ahli kumpulan mati
jika menang dan selagi berjaya menyusun tin, pihak lawan tiada giliran untuk bermain, perlu menjaga selipar dan teruskan dengan membaling bagi mati,, =)





faham tak ea agak-agaknya penerangan cik zira ni
sape yang tahu main, tapi ingat-ingat lupa pahamlah kot ea
senang jek nak memang best sangat men tuju tin ni lagi pulak dengan kawan-kawan, memang seronok





cik zira suka main macam ni, sambil main sambil happy dengan kawan-kawan, bersaing secara sihat nak bagi menang
permainan ni pon sesuai untuk diajar dekat budak sekolah sebab dia memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan mengatur strategi,,




banyak lagi permainan dulu-dulu yang cik zira dan kawan-kawan suka main
cop tiang misalnya, kitorang men jugak, asal nampak tiang jek terus ramai-ramai serbu nak main, sape lambat kena jadi
sampaikan lecturer pon sengih nampak ktrg main macam budak-budak malah mengalahkan budak-budak, mesti lecturer tuh sume nak main sekali,, kan kan ,,, ;)





permainan seumpama ini seronok dimainkan, namun dalam zaman dan era sekarang permainan ini seperti dilupakan, tanyalah anak-anak sekarang berapa ramai yang tahu dan kenal permainan sebegini dan berapa ramai yang mainkannya?
anak-anak sekarang lebih selesa dengan teknologi canggih yang ada
sayang kan




cik zira tetap sukakan permainan sebegini
banyak kebaikan dan faedahnya, juga menyihatkan tubuh badan dan menasah otak untuk berfikir strategi yang betul untuk meraih kemenangan
betul kan?




harap-harap permainan tradisional begini tidak lapuk dek zaman
kena hidupkan supaya anak-anak sekarang dan masa hadapan masih kenal dan memainkan permainan ini





agak-agak bila lagilah nak main tuju tin ni dengan kawan-kawan macam kat maktab dulu kan?
rindunya nak main





oh, lagi satu, kalau nak men permainan tuju tin ni, pastikan kawasan lapang dan selamat untuk berlarian ye, baru main tiada gangguan




bukan budak-budak jek tau boleh main, baya-baya cik zira malah mak-mak kita pon masih boleh bermain tuju tin ni untuk suka-suka di kampung ke, bermesra bersama keluarga
seronok lah, cubalah main nanti ye
sebelum tuh kena kutip dulu tin susu sebanyak 10 tin, baru leh main






sekian sahaja ye info tentang permainan TUJU TIN ini
nanti kalau ada permainan lain yang best, cik zira kongsi lagi k,,



lihatlah muka sedih asek kena dimatikan awal-awal jek,
takde peluang langsung!





terima kasih ye baca entry ini
selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawih ^__________^






~sekian~





k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 18 ogos 2010 2.31 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails