SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 6, 2010

hospital



salam ramadhan semua
di minggu terakhir ramadhan, mesti sume happy kan, tak saba nak raya
cik zira pun tak saba jugak nak raya tapi macam nak share sket pengalaman jaga tokyam kat hospital 
eh, tapi sebelum tuh nak minta maaf sebab lately dan nak ujung-ujung puasa ni plak entry setiap pagi menu berbuka puasa dah tak dapat nak dibuat memandangkan kesibukan terlampau,,eceh
masa banyak dihabiskan di hospital kan, takde lah nak snap gamba makanan sume
takpelah kan, banyak blog len tunjuk gamba makanan jugak, cik zira bersara jap wat entry makanan,, ;)






okeh, sambung semula
tokyam masuk hospital sultan ismail hari isnin, 30 ogos tuh
bergilirlah cik zira jaga tapi disebabkan cik zira tak bekerja lagi, cik zira lah yang paling layak untuk menjaga tokyam, takpelah, sempat jaga arwah mak sekejap jek, Allah dah amek mak, jagalah tokyam plak





jaga orang tua sakit ni lain sket
kerenah dia lain sebab dah sakit sangat agaknya kan
kena jaga belai macam baby, sume kena buatkan
tapi takpe, nenek kan, lagipun mana tahu sekarang cik zira jagakan, nanti satu hari cik zira sakit, moga-moga ada lah yang nak tolong jaga ngan tengokkan, tapi mohon doa supaya sihat sentiasa Allah berikan, AMIN






bercerita pasal hospital sultan ismail tuh, memang bestlah
selesa sangat, bersih dan perkhidmatan dia memang best!
doktor, misi pekerja dia sume baik-baik cuma guard dia lah, tp itu pun ok kalau cakap elok-elok
kira puas hatilah hospital sultan ismail ni
tak rasa macam duk hospital, tak rasa tension pun, rasa tenang jek, kena jaga tokyam jek, masalah len tak payah fikir dah,,






walaupun letih tapi bersyukur sebab sekurang-kurangnya dalam ramai-ramai cucu, cik zira berpeluang jaga tokyam, jaga elok-elok supaya tokyam rasa selesa dan boleh berehat dengan tenang kat hospital tuh






cik zira doakan tokyam cepat sembuh
dah taklah sakit sangat macam sekarang
nak raya ni kan,,


sama-samalah kita menjaga kesihatan ye 
supaya dapat bermain di taman kanak-kanak seperti ini,, ;)



pesanan cik zira buat semua, jagalah kesihatan tau, kat hospital tuh macam-macam jenis sakit ada, tak kira umur muda ke tua ke, sementara sihat ni selalulah beringat k semua, cik zira pun ingatkan diri cik zira jugak
sama-sama lah sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik
AMIN
^__________^







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 1 september 2010 10.25 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails