SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 8, 2010

ditag dan tagnya ialah ...



rasa macam rajin plak kan, tetibe nak langsaikan tag yang diberikan oleh cik adik manis kesayangan cik zira iaitu Lyaa yang comel itu






tag ni pasal 25 perkara tentang cik zira lah ye
hem,, amek masa ni sebab 25 kan, kalau 5 jek 5 saat jek cik zira buat, ececeh, guwau jelah k






okeh, tarik nafas hembus tarik nafas hembus






mari mulakan 25 perkara yang anda perlu tahu tentang cik zira k


  1. anak sulung dari 4 beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan. sangat sayangkan keluarga terutama adik-adik lelakinya sebab sudah bersama susah senang. oh iye, cik zira dah takde mak tau, mak cik zira meninggal pada 18 jun 2002 masa cik zira di tingkatan 4
  2. ADALAH PENCINTA MERAH TEGAR. perlu tahu dan selalu ingat akan perkara nombor 2 ini ye. MERAH = ZIRA, ZIRA = MERAH
  3. suka menulis. dulu rajin wat novel pendek dan sekarang minat menulis ni diabadikan menjadi blog MERAH kesayangan hati ini. rajin tulis diary yang dah ada sejak darjah 6 sampailah sekarang. selain menulis di blog, diary jugak menjadi salah satu medium cik zira untuk menulis dan meluahkan perasaan. menulis surat dan membuat kad untuk orang pun sangat suka. pendek kata, MENULIS memang minat cik zira
  4. tak tahulah kenapa, sejak sekolah rendah dah pandai nak buat duit. kat sekolah rendah dah jual majalah yang dibuat sendiri. ingat lagi, time tuh jual 20 sen. ada dalam 6-8 muka surat. ada pertandingan dan sape menang dapat hadiah. member-member kan men suka lagi. buat duit, tapi untuk rugi. haha.. dan sampailah ke maktab, ke UUM dan sampailah sekarang suka sangat bisnes. tapi kecik-kecik jelah. insya Allah, mana tahu satu hari nanti ada bisnes sendiri kan. teringinlah jugak tapi kena perlahan-lahan dan berusaha keras
  5. macam perempuan lain, cik zira suka membeli belah. pantang ada duit, atau pun takde duit, nak beli pape, teringin pape, mesti akan usahakan sampai dapat. SHOPPING tu sangat best tau lagi-lagi dapat apa yang kita suka dan nampak cantik bila dipakai. ah, bila nak dapat gaji ni, lama tak bershopping sakan. sabar dulu ye wahai hazirah
  6. suka nampak cantik. tak tahu kenapa mungkin sebab suka tengok orang-orang yang cantik kot. walaupun tak secantik macam semua yang cantik-cantik tu tapi cik zira cuba setiap hari nak kelihatan cantik. untuk kepuasan diri sendiri jugak
  7. jenis yang cermat jaga barang. barang dari dulu, dari zaman sekolah pun masih ada dan dijaga rapi. contoh pun macam enpon nokia daun ni. dah lama dah pakai. still pakai sampai sekarang dan tanak tuka pun sebab sayang. dan banyak lagilah barang yang cik zira jaga dengan elok.
  8. selalu jugak buka almari dan cakap dekat diri sendiri, "nak pakai baju ape ni. sume baju dah pakai." disebabkan kata-kata seperti itulah keinginan untuk membeli baju baru selalu datang. padahal kena ingatkan diri banyak kali, kena pandai dan kreatif mix n match. barulah tak nampak sama jek. boleh-boleh, lagipun memang dah lama tak beli baju. kira satu kejayaan jugak lah ni. YAY!
  9. memang tak suka belajar. dulu masa belajar kos 6 tahun tuh selalu bertanya pada diri sendiri, kenapalah hidup kena belajar lagi-lagi time EXAM. sangat bencik sebab sangat tak suka baca. pelik bukan? suka menulis tapi tak suka baca. sebabnya kalau baca buku ilmiah ni, baru satu line dah ngantuk dan terus tertido. TAK SUKA STUDY DAN TAK SUKA BACA BUKU. full stop. tapi belum full stop lagilah, sebab nak bagi tahu walaupun pemalas, alhamdulillah lah, pointer ok,, hehe
  10. oh, sangat suka MAKAN. tak tahu kenapa. makanan adalah nikmat terindah. suka makan dan suka mencuba makanan. kalaulah makan banyak-banyak tak gemuk, memang setiap saat kot nak makan.. dan kalau nak tahu jugak, cik zira makan slow motion tau. lama sangat makan lagi-lagi kalau makanan tuh sedap, sayang nak bagi habis, itu yang kena makan dengan bernikmat sekali. cik buah hati selalu kena tunggu cik zira makan sebab dia makan laju, cik zira makan lambat. hehe
  11. suka bergambar ( yang ni rasa tak perlukan penjelasan. sume orang pun dah tahu,, kan kan )
  12. suka sangat tengok orang cantik dan orang hensem. indah sungguh ciptaan Tuhan
  13. tiada akaun fesbuk, twitter dan segala bagai yang semua orang ada tuh. cik zira kalau online fokus kepada blog dan email sahaja. kesian kan,, huhu
  14. suka memasak tapi lebih kepada lauk pauk sebab kek kuih muih tuh tak minat sebab rasa leceh nak buat. kalau masak lauk, men campak-campak jek dalam kuali dan siap,, ;)
  15. pencinta baby terutama yang comel-comel itu. alamak ai. takpe-takpe, insya Allah satu hari nanti akan ada baby sendiri. insya Allah  ^______^
  16. penakut kucing dan binatang seangkatan dengannya. tapi binatang kecik-kecik macam lipas ke, cicak ke tak takut. binatang macam kucing tuh takut dia gigit dan cakar. tak benci tapi takut.
  17. dah lalui pelbagai dugaan mencabar Allah berikan, alhamdulillah sekarang kehidupan semakin bercahaya. betul lah kata orang, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah memberikan dugaan dan cabaran supaya kita menjadi semakin kuat sebagai seorang manusia. Alhamdulillah
  18. dah lama tak bisnes kencang macam dulu-dulu. sekarang slow dah. nak try bisnes balik tudung cantik-cantik. insya Allah, dalam masa terdekat
  19. akibat sangat kuat makan, dulu sangat mengembang dengan berat mencecah 67 kg. alhamdulillah setelah sedar diri, baru nak kawal makanan, berjaya turunkan berat sehingga 52 kg tapi sekarang maintain 53-54 kg sebab dah rajin makan balik. aduhai..
  20. kalau takde keje sangat, suka lepak baca blog-blog orang. tapi baca sahaja dan jarang sangat komen. entah kenapa, tapi jangan risau, cik zira baca blog korang cuba tak tinggal kesan jek,, =)
  21. buat masa sekarang, blog cik zira akan diupdate 3 entries sehari untuk weekdays dan 2 entries sehari untuk sabtu dan ahad dan memang cik zira wat entry auto-publish sebab takde masa bila dah mula kerja ni. tapi kalau ada berita terkini tuh kena wat entry dan terus publish. sehari pun mesti blog akan berupdate sebab tak reti kalau tak update blog walau sehari. blog MERAH ni dah seakan jiwa cik zira
  22. sangat sangat suka hari raya terutama 1 syawal sebab suka cantik-cantik nak amek gamba banyak-banyak. tunggu raya tahun 2011, mesti sangat sangat best kerana kebahagiaan bersama keluarga dan buah hati akan tergambar pada raya tahun hadapan. insya Allah,, =)
  23. tak tahu kenapa, cik zira sangat susah nak panggil orang lain dengan panggilan mak atau yang seangkatan dengannya sebab mungkin cik zira takde mak, jadi nak jadikan orang lain mak itu agak sukar dengan penggilan seperti itu. walaupun ada mami, dan ramai makcik makcik yang cik zira hormat seperti emak tapi tak bolehlah. lidah keras tak terpanggil. tengok orang lain yang ada mak senang jek nak panggil orang lain mak. nak cuba jadi macam tuh tapi masih belum boleh. kena cuba jugak!
  24. terima kasih yang tag-tag cik zira ye, tapi cik zira ni hentah jenis apelah sebab susah sangat nak jawab tag. kalau rasa rajin betul-betul baru buat. macam tag ni, dah rasa rajin baru buat. sory tau buat yang menge-tag tuh. minta maaf sangat-sangat
  25. kalau dulu cik zira pernah berjanji pada diri sendiri dan pernah membuat pengakuan dalam blog ini dan kepada kawan-kawan dan semua, cik zira pernah kata, "kalau dengan tidak berkahwin itu boleh membuatkan cik zira bahagia, cik zira terima.". cik zira akui kenyataan itu. memang dulu tak pernah rasa akan berkahwin dan mempunyai seseorang yang menyayangi diri cik zira sepenuh hati. tapi itu semua dulu, sekarang, alhamdulillah Allah dah buka pintu hati cik zira dan alhamdulillah syukur sangat cik zira kini ada cik BUAH HATI dan cik zira berdoa agar hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirnya. harap juga restu dan doa dari semua. cik zira pernah buat kesilapan dahulu dengan berjanji kepada diri sendiri dan kepada semua seperti itu dan harap sekarang semua faham keadaan cik zira. cik zira harap dan minta doa daripada semua doakan yang terbaik untuk cik zira. terima kasih sangat-sangat. cik zira belajar sesuatu dan mendapat pengajaran daripada semua ini. terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak memberikan nasihat. jasa anda semua amat cik zira hargai.





alhamdulillah, selesai sudah 25 perkara dan perkara ke 25 itu harap semua orang dah faham siapa dan apa status cik zira sekarang.
BAHAGIA dan memang BAHAGIA sangat sekarang
syukur






oleh kerana cik zira tak selalu nak jawab tag orang bagi, jadi cik zira tak nak tag sapa-sapa lah. hehe
takpe kan kan,,
^___________*







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 7 november 2010 12.06 p.m.

4 comments:

Unknown said...

cik zira takda acc fb??/ eh! np tak wat?/ =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

takde cik epal,,
low profile

huk huk huk,, ^_______*

Lyaa Suriany said...

sis

thnks tau buat tag ni
da tau 25 sal sis..
hehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ok lyaa,,
thanx jugak tag kt ye,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails