salam buat semua
alhamdulillah, bik ani dah keluar hospital
sampai rumah kul 11 lebih nak dekat kul 12 tadi
ini entry kisah 3 hari 2 malam di Hospital Sultan Abdul Samad, JB :
Jumaat, 10 disember 2010
dalam pukul 10 lebih bawa bik ani pergi hospital sebab dia sakit perut sangat
itupun puas dipujuk baru nak pergi
sampai terus gi emergency sebab bik ani ada kad, pernah wat operation fibroid dekat sini
tak bape lama, bik ani dah keluar sebab enjit ubat jek, bayar dan amek ubat
patutnya kena masuk wad tapi bik ani tanak, kitorang pun balik
bilik kecemasan
tapi, dalam kereta duk sakit-sakit lagi, tak senang duduk dah bik ani
mengerang sakit
cik zira dengan chenta hati 1 tanya nak gi spital balik tak, dia tanak
balik uma
tapi cik zira dengan chenta hati 1 stand by takut kena pergi hospital balik melihatkan kondisi bik ani tuh
dah bagi makan ubat semua dah
tak baik jugak
duk mengerang sakit, tahan sakit
dah golek-golek dah atas katil, tak pernah tengok bik ani sakit teruk macam ni
atok dah risau dah, panggil cik zira dan chenta hati 1
kitorang pujuk nak bawa gi spital, tak mahu
puas nak pujuk
agaknya keturunan atok ni semuanya memang susah nak bawa gi spital
atok pun kalau sakit, puas nak kena pujuk, aduhai
lama jugak nak tunggu bik ani nak gi spital, pujuk punya pujuk, last-last dia nak jugak
chenta hati 1 dengan cik rashid bawa pergi hospital balik
kena masuk wad
cik zira menyusul kemudian bawa barang pape yang patut
tengok bik ani dah keluar emergency dah diam dah, tak mengerang macam kat rumah tadi
lega sikit
malam tuh bermalam di hospital lah cik zira menemani bik ani
dalam kul 1 lebih bawu tido
Sabtu, 11 disember 2010
awal pagi, cik zira pergi makan dekat kafe sorang-sorang, lapa awal plak, hehe
masa cik zira makan, abang ai dan femly datang melawat sebab dorang nak ke KL pagi tuh, singgah sekejap jumpa bik ani
hari sabtu ni bik ani penat lah sebab banyak kena periksa
jantunglah, perutlah, semua kena check
doktor kata ada kencing manis sebab kandungan gula dalam badan tinggi, kolesterol pun tinggi
terkejut dia, ha dan sakit perut tu sebab gastrik
lepas ni kena jaga makan, itulah masak sedap-sedap jek hari-hari, ni dah sakit kena jaga makan lah,,
ingatkan boleh balik hari tuh jugak, tapi tak boleh
ramai jugak orang datang melawat bik ani kat spital
cik zira balik umah kejap kul 4 lebih, chenta hati 1 tunggu plak dengan bik ani
lepas maghrib datang balik
bik ani dan chenta hati 1
malam tuh tido kul 10 lebih
doktor dan nurse datang-datang jugak periksa dan bagi ubat
Ahad, 12 disember 2010
awal pagi dah buat pemeriksaan darah
amek darah, lepas tuh tunggu doktor nak cakap apa, dalam pukul 7 lebih cam tuh doktor datang kata dah boleh discharge, bik ani dah kesukaan nak balik sebab dia tak suka duk spital lama-lama
yelah kan, sapelah yang suka
dahlah boring
keje cik zira tengok tv jek
tv nya yang di atas, kena dongak kepala sampai sakit leher-leher semua,, huhu
ini remote tv,,
sms bik hanifah kata bik ani boleh keluar minta tolong dia bagi tahu cik rashid
sms chenta hati 1 jugak
dalam kul 10 chenta hati 1 datang dengan cik rashid
tapi kena tunggu lama jugak, sampailah kul 11 lebih baru leh balik
alhamdulillah
3 hari 2 malam sahaja di hospital
dan nasib baik bik ani kena masa cuti ni, ramai orang ada tolong tengokkan
abah pun sempat balik malam tadi sekejap dan balik semula pagi-pagi tadi
balik rumah cik zira lepak berehat sekejap
tido sekejap
penat bukan apa, sebab tak buat apa kat hospital tuh, tu yang penat, hehe
cik zira update ini dulu ye, nanti cik zira update lagi
oh ye, abah dah balik dah, cik rashid pun dah balik lepas zohor tadi sebab dia nak bercuti ke PD dengan keluarga dia
tinggal femly bik idah je ni dengan anak-anak dia
p/s selalu minta doa pada Allah, nak diberikan kesihatan yang sempurna sebab tak nak sakit dan masuk hospital. AMIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 disember 2010 1.58 p.m.
No comments:
Post a Comment