SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 31, 2010

Imbasan Kenangan Sepanjang Tahun 2010




sedihnya
hari ini hari terakhir di tahun 2010
31 disember 2010, jumaat






esok, 1 januari 2011
hari pertama di tahun baru 2011






sesungguhnya terlalu banyak kenangan semasa di tahun 2010 dan semuanya amat bermakna buat cik zira kerana tahun 2010 ini terlalu banyak kenangan indah dan manis untuk dikenang selamanya






dan seperti yang semua tahu, tahun 2010 ini juga dengan kuasa dari-Nya, hati cik zira yang selama ini terkunci rapat, berdoa selama ini jika tidak berkahwin itu adalah yang terbaik dari Allah, cik zira terima, namun, Kuasa Tuhan, cik zira sebagai hamba-Nya tidak mampu untuk menolak kebenaran-Nya. itu betul sama sekali.






syukur dan terima kasih Ya Allah, kerana membuka hati cik zira kepada seorang yang amat menyayangi diri ini, semoga ianya berkekalan dan mohon restu dan doa dari semua, AMIN






2010 juga membuka lembaran baru buat cik zira dan keluarga kerana kami sekeluarga telah berbincang dan menyelesaikan semua kekusutan selama ini, syukur syukur dan syukur pada Allah






jadi, untuk mengimbas kembali semuanya, dan untuk kenangan cik zira sepanjang hayat, cik zira senaraikan secara ringkas detik-detik penting dan bersejarah buat cik zira dalam tahun 2010 ini. boleh dikatakan terlalu banyak kenangan dan detik bersejarah dalam hidup cik zira untuk tahun 2010.







baiklah, ini adalah Imbasan Kenangan Sepanjang Tahun 2010 :




1. 1 Februari 2010 - mula praktikal selama 10 minggu di SK Batu Lanchang. terlalu banyak pengalaman dikutip. walaupun kenangan pahit yang banyak, tetap akan dijadikan panduan. 





2. Cuti chinese new year, bulan februari 2010 - pengalaman photoshoot outdoor pertama kali bersama en hafiz, photog dari jb. yelah, cik zira mana pernah orang lain amekkan gamba. kiranya adalah pengalaman bergambar. terima kasih ye en. hafiz.






3. 21 Februari 2010 - message pertama oleh buah hati di tagged.






4. 25 februari 2010 - date pertama dengan buah hati ke queensbay. tengok wayang cerita niyang rapik, makan McD dan balik. kejap je dating.






5. 27 Mac 2010 - birthday ke 24 tahun disambut pertama kali dengan buah hati. pergi ke Cameron Highland dan dapat hadiah istimewa.






6. April 2010 - genap SETAHUN blog MERAH kesayangan hati.






7. Awal Mei 2010 - tamatlah praktikal selama 10 minggu di SK Batu Lanchang. perasaan masa itu hanya Allah yang tahu.






8. Pertengahan Mei - tamat pengajian selama 6 tahun. syukur alhamdulillah. penantian selama 6 tahun berakhir. walaupun sedih berpisah dengan rakan-rakan cohort tersayang, hidup perlu terus. berakhirnya pengajian selama 6 tahun bermaksud permulaan hidup dan fasa yang baru. syukur keputusan sangat happy. walaupun bukanlah kategori rajin dan suka belajar, CGPA cik zira 3.55. syukur. bangga dengan diri sendiri. pengalaman 6 tahun yang sangat bermakna sebab terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang bermakna yang banyak mengajar cik zira apa itu hidup sebagai pelajar.






9. 31 Julai 2010 - setelah berdoa meminta petunjuk dari Allah, akhirnya hati terbuka. terima kasih buat yang mendoakan. Terima kasih Ya Allah, memberikan ini yang terbaik.






10. Ramadhan 2010 - ramadhan pertama dengan buah hati. ramadhan pertama keluarga kembali jernih. syukur alhamdulillah. terawih malam pertama bersama buah hati. buah hati bertemu abah dan aunt zie di rumah abah di simpang pulai.






11. Syawal 2010 - syawal pertama satu keluarga duduk berbincang dan berkomunikasi dengan baik, menyelesaikan segala sengketa pada 1 syawal. semuanya kembali jernih. keluarga kembali bersatu. atok sangat gembira. harap kebahagiaan kekal selamanya. mak mesti tersenyum. =)






12. 18 september 2010 - ikatan pertunangan.






13. 10.10.10 - abah, aunt zie dan ina balik JB bersama buah hati. seharian bersama buah hati.






14. 11 Oktober 2010 - hari pertama mendaftar dan memulakan kerja sebagai guru di SK Taman Cendana, pasir gudang. abah, aunt zie, ina dan buah hati hantar cik zira untuk hari pertama ini. dah jadi cikgu dah. seronok sangat.






15. 2 November 2010 - konvokesyen tak jadi, terpaksa ditangguh sebab banjir teruk. sedih tak dapat berjumpa kawan-kawan semua.






16. 17 November 2010 - birthday buah hati yang ke 24. aidiladha pertama ada buah hati. walaupun tak dapat berjumpa, cik zira kirimkan hadiah buat buah hati.






17. Disember 2010 - arwah mak dah dapat Hajjah. syukur. 
terima kasih chenta hati 2.







terlalu banyak kenangan 2010 untuk cik zira ingat dan ini adalah kenangan yang paling bermakna buat cik zira. maaf kerana terlalu banyak berahsia mungkin. ini disebabkan banyak hati yang tidak berpuas hati. perlu berdiam diri. diharapkan semua memahami dan mendoakan yang terbaik untuk cik zira. dulu hati cik zira lain, dan sekarang alhamdulillah, lebih bermakna. buat semua yang mengenali cik zira, yang sudah tahu cerita dan kisah cik zira dan gembira kerana cik zira gembira dan terus mendoakan yang terbaik untuk cik zira, terima kasih tak terhingga cik zira ucapkan terutama kepada kawan-kawan tersayang. korang kenal siapa cik zira.






kepada mereka yang cik zira ada salah silap, cik zira mohon dimaafkan kesalahan cik zira. cik zira minta maaf kepada semua jika selama cik zira berblogging ini, ada kata-kata mahupun entry-entry yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, cik zira tak bermaksud begitu. maafkanlah cik zira.






cik zira manusia biasa yang memang terlalu banyak kesilapan. insya Allah, cik zira akan berubah untuk menjadi yang lebih baik. menjadi anak, kakak, cucu, guru yang lebih baik. AMIN






dan kepada mereka yang bertanya bila cik zira dan khalis akan disatukan? insya Allah, penghujung tahun 2011, minta doa dan restu dari semua. terima kasih banyak-banyak kepada yang mendoakan cik zira selalu. hanya Allah yang dapat membalas kebaikan korang.






kepada yang membenci, terima kasih juga cik zira ucapkan kerana cik zira tahu cik zira bukan sempurna. maafkan cik zira kerana korang membenci cik zira. tiada niat untuk dibenci. terima kasih dan mohon maaf.






kepada semua kawan-kawan, kawan sekolah, kawan belajar, kawan-kawan blogger dan semua yang mengenali, terima kasih untuk semuanya.






kepada keluarga tersayang. cik zira sayang semua sangat-sangat.






SELAMAT TAHUN BARU 2011.
jika tahun 2010 adalah tahun yang paling bermakna dengan kenangan indah-indah belaka, diharapkan tahun 2011 ini lebih banyak kenangan indah buat cik zira. insya Allah.






SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011.






~sekian~










k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 26 disember 2010 1.35 p.m.

6 comments:

JeeMacey said...

salam tahun baru cik zira..((:

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

terima kasih,,
selamat tahun baru jugak,,=)

Anonymous said...

selamat tahun baru yunk! wah2...akhirnye reveal ye sudah bertunang, hope berkekalan ke akhirnye...amin!

Anonymous said...

eh2x..dah tunang ea?
tahniah kak,
pray for your wedding this end of the year berjalan lancar..amin:)
smoga berbahagia.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Epa Zarifa ~~ selamat tahun baru dEarku,, hehe, kena reveal lah, kang alih2 kahwin pelik plak kan,, hehe,,
thanx ye doakan,, terima kasih banyak,, love u dEar,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

izzatulshazni :


haah dEar,, sudah bertunang. terima kasih banyak2. doakan k,, semoga semuanya berjalan lancar. lambat lagi tapi,, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails