ini sesi bercerita sambil ada sesi review ye pasal Tiram Indoor Waterpark
bila ?
pada khamis yang lepas, 9 disember 2010, cik zira bertolak dalam pukul 10.10 pagi dan sampai di Today's Mall, Ulu Tiram tuh pukul 10.25 macam tuh. dekat jek, tak jauh.
di mana?
kalau dari kampung melayu ni, jalannya senang sangat. terus jek menghala ke kota tinggi tu. Today's Mall di sebelah kiri. perjalanan mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja tengok jalan jam ke tidak. dekat sahaja.
siapa?
cik zira pergi dengan si mayam tonet + maisarah + akim. berempat.
harga tiket
kalau weekend dan public holiday : dewasa RM 20, kanak-kanak RM 15. tapi hari biasa dewasa RM 15 dan kanak-kanak RM 10. untuk token locker RM 3.
jadi total cik zira pergi tuh seorang dewasa dan 3 kanak-kanak ialah RM 45 plus RM 3 untuk locker nak letak barang. sume RM 48.
masuk jek macam biasa lah kan kena pakai gelang dekat tangan tuh. masa sampai tuh tak ramai orang lagi. ada dalam 5 keluarga termasuk cik zira dan budak-budak ni.
si mayam dengan sarah dari umah punyalah excited tak sabar-sabar nak pergi
tapi, alahai, sampai jek penakut upenye.
pastu, kononlah bawa si akim ni boleh tolong tengokkan budak-budak ni sebab cik zira malas nak basah, memang tak suka mandi-mandi dan basah-basah ni. tapi, tak boleh harap plak. tak reti nak main. penakut jugak. apelah akim. lelaki tapi penakut. aduhai.
si mayam tonet mula-mula takut, tapi lama-lama sikit tuh dia okeh. ikut akim. tapi takleh lama-lama dalam air. dia sejuk.
si sarah takut-takut pun ada hati nak buat peace. penakut!
alamak, flash terang sangat lah!
yang si sarah ni. halamak ai, punyalah penakut. ajak balik. tanak langsung masuk dalam air. padahal kakak dia masuk tak lemas pun. penakut yang amat!
maisarah si penakut air
cik zira memang dah agak dah. memang dah stand by bawa baju sebab dah duga perkara macam tu akan berlaku. kalau mandi dengan orang besar cik zira memang takkan bawa baju sebab memang takkan mandi. tapi kali ni disebabkan si budak sarah penakut yang amat ni, kenalah jugak masuk dalam air dan basah badan. aduhai...
cik zira yang kebasahan,, huhu.
muka pun dah macam emak-emak sebab bawa si anak penakut.
tapi, cik zira kena dukung plak si sarah ni. dahlah berat. penakut sangat-sangat. tanak langsung jalan dalam air. cik zira paksa jugak marah-marah dia. kejap jek dia cuba jalan, lepas tuh dia berpaut balik pada cik zira nak minta dukung. nangis tak benti-benti. tak ke kalau orang tengok kata cik zira culik budak. haha
nak pergi bukan main. dah sampai nak balik. menjerit nangis punya takut nak masuk dalam air.
"nak umi. nak umi. kak jira, nak balik." si sarah nangis-nangis.
cik zira pun bawa lah dia mana-mana yang patut
tak lama pun. si akim pun penakut jugak tanak main pape dah. terus lah mandi salin keluar dari situ.
kiranya dalam tuh tak sampai sejam kot. budak-budak ni penakutlah. bawu kat sini, kalau bawa gi Bukit Merah lagilah, belum bawa ke Sunway Lagoon lagi. tak payahlah bawa.
masa nak balik, orang datang makin ramai. penuhlah jugak dalam tu.
kitorang pun keluar. duduk dekat kerusi. makan bekal bik ani bawakan. nuget + sosej + fries
pastu beli air ice blended. duduklah makan minum dekat kerusi dekat luar waterpark tuh.
masing-masing masuk dalam air, keluar terus lapa. hehe
oklah
sekurang-kurangnya dapatlah jugak bawa budak-budak ni berjalan. walaupun tak lama sebab takut.
dapatlah tengok sendiri rupa Tiram Indoor Waterpark ni.
pendapat cik zira?
untuk kanak-kanak, oklah. taklah tak best sangat, taklah best sangat. biasa-biasa sahaja. mainan pun tak banyak sangat. tapi, untuk orang dewasa memang takde pape sangat. cuma ada jakuzi sahaja. len-len sume untuk budal-budak. tapi kalau nak bawa anak-anak mandi-mandi bergembira, boleh.
lagipun, tempat baru. baru buka ogos hari tu. bersih lagi tempatnya. tempat mandi dan salin dia pun bersih.
air dia tak dalam pun. si mayam tonet pun boleh berdiri. kalau cik zira, dia takat peha lah cam tuh.
luas pun tak luas sangat tapi bolehlah.
kesimpulannya, Tiram Indoor Waterpark ni sesuai lah untuk bawa anak-anak mandi-mandi
cumanya, takde banyak mainan sangat
dari 5 bintang, cik zira bagi 2 setengah.
yelah, mana boleh nak lawan Bukit Merah ke ape tah lagi Sunway Lagoon.
tapi, oklah jugak.
sape belum pergi, sila lah pergi ye cuti-cuti sekolah yang masih ada ni. bawalah anak-anak ke sana.
itulah cerita cik zira bawa budak-budak ni ke Tiram Indoor Waterpark.
nak berjalan dekat Today's Mall tuh pun tak sempat. ada giant, ada cinema, ada karaoke. kira oklah jugak kan. sapa-sapa duk Ulu Tiram tuh, tak payah lah susah-susah nak gi tempat jauh. dekat pun ada ha.
sekian sahaja informasi cik zira untuk Tiram Indoor Waterpark. =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 9 disember 2010 5.45 p.m.
No comments:
Post a Comment