SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 13, 2011

kronologi kejadian kemalangan yang meilbatkan cik zira




TEMPAT : Lebuhraya Pasir Gudang
MASA : 6.55 petang
HARI/TARIKH : Jumaat, 11 Februari 2011
SIAPA : cik zira (saga aeroback), pasangan suami isteri berketurunan India (proton waja) & si Jahat yang melanggar (wira aeroback)






hari jumaat lepas, baru pulang dari sekolah SK Taman Cendana, cik zira nak balik rumah di Stulang Baru seperti biasa. Kalau khamis jalan jam teruk, samalah dengan hari Jumaat sebab jalan licin hujan dan kereta sangat banyak. memang perjalanan perlahan sahaja.






cik zira seperti biasa akan bercakap dalam telefon menggunakan handsfree berbual ditemani oleh Buah Hati. mengadu dekat dia jalan jam. hari-hari asyik jam jek. penat sangat rasa.






cik zira bawa 40 km/j dan kereta bergerak, tidak berhenti.






6.55 petang

cik zira terkejut. terdengar dentuman yang sangat kuat daripada belakang. padahal kereta cik zira tengah berjalan 40 km/j dan jarak dengan kereta hadapan agak jauh. barang cik zira atas kerusi sebelah semuanya jatuh ke bawah. kepala cik zira terhantuk kuat dengan kerusi dan badan terkena stereng. memang sangat terkejut. kereta kemudiannya melanggar kereta waja di depan. terus kereta terbenti.


cik zira terkejut. menggigil tangan semua. buah hati tanya cik zira ok ke tidak sebab dia memang dengar bunyi dentuman tu kuat. dia masih teruskan berbual dengan cik zira. cik zira dah takut. dahlah sorang-sorang perempuan, tak pernah kena kemalangan macam ni. terus fikir macam mana nak balik, macam mana nak pergi sekolah esok. tak semena-mena terus menangis. Buah hati kata jangan nangis. tapi cik zira nangis jugak. chenta hati 1 dahlah takde, dia kat KL. kol dia tak dapat. terus kol rumah, cakap ngan bik ani nangis-nangis.


memang lamalah duduk dalam kereta padahal orang lain semua dan kerumun keluar kereta cik zira bawa tuh. tunggu cik zira keluar. cik zira amek masa, lepas dah kol bik ani, chenta hati 1 pun dah kol. dah cerita. dah tak nangis da. Buah hati pun masih bercakap dengan cik zira. semua orang dah risaukan cik zira. kol tak berhenti-henti. cik zira pun keluar dari kereta lepas dah rasa ok sikit. auntie kereta waja depan tu baik. dia tahu cik zira tak salah. dia kata jangan risau. rilek je, minum air. 


cik zira tengok kereta bik moi tuh, belakang tak berapa sangat. calar dan kemik sikit. depan lah teruk. kereta waja pun belakang dia kena sikit je. tapi kereta si jahat yang langgar cik zira tuh memang teruk habis. itulah, dah tahu jalan jam, jalan licin, yang pergi bawa laju tu apa pasal? lepas tuh dah tak reti kawal, nak langgar-langgar orang. geramlah cik zira!! memang tak bercakap langsung pun dengan dia. menyampah!


bincang-bincang. terus bergerak sebab jalan dah jam kang bertambah teruk jam. menuju ke balai polis trafik seri alam. nak buat report.


 kereta si jahat yang melanggar

bahagian depan kereta bik moi



7.50 malam


sampai di balai polis trafik seri alam. buat report. borak-borak dengan auntie india tu. auntie tu cerita budak jahat yang langgar tuh keluar kereta terus duk sound dia kata "kenapa you berhenti?". auntie tu pun apa lagi, dia memang tahu dia tak berhenti dan dia pun tahu cik zira tengah jalan masa tuh, kitorang memang tak berhenti, dia pun jawab balik, " eh, lidah you jangan sesedap rasa. mana ada I berhenti. kakak kereta ni pun tengah jalan. you dah buat silap jangan nak salahkan orang lain."



ha, kurang aja tau. patut katalah minta maaf ke ape ke, ni nak salahkan orang lain dah tentu-tentu dia yang bersalah sepenuhnya dalam kejadian ini. cik zira memang sumpah tak bercakap dengan dia langsung. menyampah tengok dia. disebabkan dia, orang lain semua ditimpa masalah.



masa buat report, si jahat tuh lesen dah mati tahun lepas. siap taknak mengaku. umur baru 22. tapi, tak tahu nak cakap apa. membahayakan semua orang kat jalan.


kiranya kereta cik zira dan kereta waja depan cik zira claim insuran budak jahat tuh. mak dia punya insuran lah sebab tu bukan kereta dia. cina insuran tuh setelkan semua. 






9.45 malam


sampai rumah. abang ai dengan kak june datang balai polis seri alam bawa cik zira balik. terima kasih kat abang ai dengan kak june dan terima kasih kat semua yang tak berhenti kol tanyakan khabar. semualah. sayang semua sangat!






inilah pengalaman cik zira yang cik zira akan jadikan panduan. jangan cepat gubra dan menangis kalau berdepan dengan situasi macam ni. mungkin cik zira nangis sebab terkejut sangat dan fikir macam-macam. nasib baik masa kejadian berlaku cik zira tengah berbual dengan buah hati. jadi, dia memang temankan cik zira dari awal sampai habis. dia tahu apa yang terjadi.






sekarang chenta hati 1 ada dekat rumah. minta tolong dia setelkan semua. hari isnin dia dah nak balik shah alam. dapat kerja kat sana. jadi, dia akan tolong setelkan borang-borang semualah sebab dia tahu, cik zira tak tahu dan agak sibuk. terima kasih banyak kat chenta hati 1.






kepada bik moi, maaf sangat sebab cik zira dah jaga kereta tu elok-elok. bawa dengan berhati-hati setiap kali pergi dan balik sekolah sebab dah tahu lebuhraya pasir gudang tu bahaya. tapi, orang lain yang tak berhati-hati yang langgar kereta tu. dah kereta tu kena masuk bengkel.






hari sabtu pergi sekolah chenta hati 1 yang tolong hantar dan tolong ambil. terima kasih jeri. bik ani suruh naik bas. mana ada bas masuk taman cendana. kalau naik bas, awal pagi kena pergi sekolah. malam balik naik bas sampai pukul berapa. tak tahu nak pergi sekolah naik apa sebab kereta masuk bengkel kurang-kurang seminggu.






buntu. dahlah takde kereta, pinjam kereta bik moi. pulak tuh ada orang jahat tu langgar. kan dah menyusahkan cik zira. geram betul lah.





pemandu semua, silalah berhati-hati. lagi-lagi yang memandu menggunakan highway pasir gudang tuh. situ memang bahaya. kalau kita sama-sama bawa kereta elok-elok, mesti tiada kemalangan dan dapat elakkan kesesakan jalan tu. tolonglah ye semua pemandu. kalau semua berhati-hati, semua selamat, takkan jam jalan tu, insya Allah.






itu sahajalah cerita cik zira pasal kemalangan yang menimpa diri. yang penting cik zira selamat. kereta je kena masuk bengkel. macam mana nak pergi sekolah?





kena usahakan.







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 februari 2011 7.54 a.m.

6 comments:

Emylin_Izlin said...

yer la..highwY PG TU MMG SENTIASA bUSY.....lin gi kerja pun tumpang Uncle...dr PG ke Skudai....balik office je naik Bas..tu pun dari kul 6.30ptg snpi 8.00 mlm..penat sgt.....nak wat mcm mana, tak berani bw keter

Nadia Zakaria said...

nasib akak tak ada pape.
kalau kita kt tempat akak pun akak jadi mcm tu kot.
pikir dulu kemungkinan yang terjadi.
lepas tu menangis.
takpe takpe kena jadikan pengajaran kan.

icee-yah said...

siannya..nasib tak jadi apa-apa kat zira.sbr tau..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Nor_Emylin :


haah lin, busy dengan jam tu satu hal. bahaya tu satu hal. takut betul kadang-kadang nak pergi balik kerja.


tapi, kena beranikan jugaklah. bawa berhati-hati,,

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

wawa zakaria :


memang rasa takut sangat sebab fikir dahlah sorang-sorang perempuan. tak pernah kena macam tuh. mahunya tak nangis,, ehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

iee-yah :


haah, ngah fikir nak gi keje macam mana,, sabar jelah banyak2,,


syukur tak jadi pape,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails