SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, May 28, 2011

bik ani yang serba boleh!





keturunan jawa kan, jadi cik zira dan sepupu lain semua akan panggil makcik-makcik kitorang dengan panggilan bik di hadapannya. jadi, jangan terkejutlah kalau baca entry cik zira semua banyak duk bik sana bik sini. bukan maid tau tapi makcik kitorang sebab bik tu dalam bahasa jawa kan makcik,, =)





jadi, bik ani ni kan chef terhebat sebab hari-hari masak sedap bagi cik zira makan dan membulat. dia bukan sahaja hebat dalam masakan tapi pendek kata, serba serbi hebat.






bukan nak puji makcik sendiri tapi memang nak puji sebab memang hebat,, ;)






hari ni cik izah, anak tok nah dengan tok mail bertunang sekejap lagi. bik ani lah yang tolong buatkan hantaran cik izah. katanya 9 dulang.






jadi, pagi semalam cik zira temankan bik ani pergi cari bunga segar dekat Jalan Tebrau. siap kena kompaun MPJB lagi lupa nak letak kupon, aduhai,,







hasilnya?
cik zira tak amek gamba lagi. nanti kalau ada cik zira tepek hasil tangan bik ani untuk hantaran cik izah ni ye. dulu masa cik aida, adik cik izah kahwin pun bik ani yang tolong buatkan.






cik zira kahwin?
tempah jelah kedai buatkan, taknak susahkan bik ani. tapi taknak fresh flowers boleh tak ea? sebab tak suka bunga sangat lagipun semua pun sekarang hantaran fresh flowers. tapi kalau bukan bunga apa plak ye? takkan daun jek,, ;)






p/s selamat bertunang cik izah ye!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 27 mei 2011 10.56 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails