SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 29, 2011

Jumaat, 27 Mei 2011






aduh, kasihan sungguh, cerita hari jumaat hari tuh baru nak diceritakan hari ni. dah hari ahad da. harap-harap masih ada yang sudi membaca ye,, =)






pagi jumaat menghantar bik moi di OUM , stulang laut. kemudian ke Jalan Tebrau, bik ani beli bunga segar untuk buat hantaran cik izah. nasib tak berapa baik, tinggalkan kereta sekejap dan ikut bik ani ke kedai bunga tu, lepas tuh terlupa tak letak kupon. cepat-cepat lari semula ke kereta, tapi dah kena kompaun dah pun,, huhu, sedih betul






balik rumah, siapkan tanda kertas kelas 2E. dah siap, dah tulis markah dalam senarai nama terus update blog lagi sekejap. kemudian dalam pukul 11.10 macam tu keluar rumah pergi MPJB nak bayar kompaun. cari parking tak jumpa, nasib baik pusing lagi sekali dapat parkingnya. kejap je bayarnya, tak sampai 10 minit menunggu pun. dapat 50% sebab bayaran dibuat dalam masa 14 hari. kalau tak kena bayar RM 30, tapi dapat diskaun cuma bayar RM 15 je. 






lepas setel kat MPJB, terus gi OUM nak amek bik moi. katanya habis kul 12, tapi nak dekat sejam cik zira tunggu dalam kereta dah gelisah semua sebab selalu kul 1 cik zira dah pergi sekolah dah hari Jumaat.  hari tu disebabkan menunggu bik moi punya lama, cik zira pergi sekolah lambat sangat. tak pernah pergi dan sampai sekolah lambat macam tu,, tak suka betul!






sampai sekolah lambat, terus amek kedatangan dan tengok jadual pengawasan periksa kena pergi amek kertas lukisan. kemudian, terus ke dewan amek kedatangan 2F. budak-budak jumpa cik zira semua tanya markah sebab dorang memang tahu cik zira mesti dah tanda kertas punya. cik zira cuma cakap, ramai markah teruk,, saja nak kenakan dorang,, tapi hakikatnya memang markah sangat jatuh untuk periksa kali ni. faktor soalan yang memang budak tak boleh nak jawab,, huhu






makan apa hari jumaat? bawa bekal nasi + kuah kari + bendi. lepas jaga 2 masa pertama, terus masuk bilik guru terus makan sebab lapar sangat dah. makan laju jek sebab lapo punya pasal.







hari jumaat yang sepatutnya masa yang pendek dirasakan lama pulak hari tuh mungkin sebab jaga periksa kan. balik cakap selamat bercuti dekat akak-akak tu. dengan budak-budak pun pesan jangan nakal-nakal masa cuti,, lagi 2 minggu jumpa semua balik, Insya Allah.







dah mula dah cuti sekolah dan masing-masing mesti ada agenda cuti sendiri begitu juga cik zira. ada perkara perlu diselesaikan dalam masa cuti ni lah. bila lagi kan. masa cuti je boleh jumpa dan berbincang dan bertindak,, ;)






ok semua, lagi sekali cik zira nak ucapkan selamat bercuti buat semua yang bercuti ye!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 mei 2011 6.47 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails