SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, May 13, 2011

semalam, 12 Mei 2011




salam sayang 
Assalamualaikum





oh, semalam hari yang indah lah!
seronok sangat rasa, walaupun kelas dari kul 1 sampai kul 4.30 tanpa henti, tapi tak rasa penat sangat semalam, best best,, hehe






semalam keluar rumah macam biasa, cuma terlewat 10 minit macam tuh. hujan masa nak pergi sekolah. masa dekat highway pun hujan. jadi, perjalanan tu agak perlahan sedikitlah daripada biasa. ada satu kejadian tuh, lori sebelah cik zira, dia lalu dekat lopak air, peh, habis air terpecik dekat cermin kereta, cik zira tak nampak pape, nasib baik boleh kawal, memang masa tuh jantung macam berhenti berdegup jek, takut sangat rasa sebab memang tak nampak apa-apa masa air tuh menyimbah dekat cermin. memang bahaya,, huhu








sampai sekolah pun hujan lagi tapi tidaklah lebat sangat. letak barang, pergi SAC sekejap. kemudian baca paper sekejap dekat perpustakaan. turun perpustakaan riuh betul sebab ada jualan baju dan tudung. cik zira orang sibuk tengok baju, cik zira sibuk makan dadih,, perkara wajib tuh,, hehe





kelas mengajar macam biasa, alhamdulillah, cuma kelas sendiri 2F tu agak geram sedikitlah sebab dorang jenis tak nak ingat apa yang cik zira cakap walaupun baru bape saat je bagi tahu. geram je rasa,, huh!






masa mengajar 2E, si nurin tanya, "teacher, saiz cincin teacher berapa?"
cik zira pun terkejutlah. cik zira pun tak ingat saiz berapa,, hehe. "mama saya nak bagi teacher cincin isnin nanti."
cik zira pun apa lagi, "takpe, bagi je saiz berapa pun, nanti teacher pakai,, ",,, ^___*




dorang semua kena datang sesi pagi hari isnin ni sambutan hari guru. agak-agak cik zira dapat hadiah lagi tak ea? yang ada pun dah banyak jugak,, best jadi cikgu ni dapat hadiah macam-macam,, alhamdulillah.






malam tadi pun dah siapkan teks untuk pengacara majlis isnin nanti. macam biasa, cik zira akan mengendalikan majlis sambutan hari guru tu nanti,, =)








oh, takde cerita makanan kan,,
jangan risau, pagi-pagi mesti ada cerita makanan punya,,




dekat sekolah cik zira makan bekal nasi + kuah lemak cili api + serunding pucuk paku + ikan goreng. cik zira makan kul 4 lebih nak dekat kul 5 lepas dah free habis kelas tuh.







balik plak, makan mee bandung bik ani masak. sedap!!







itu jelah cerita untuk pagi ni. eh, jap jap. semalam cik zira pakai baju baru tau. baju batik perpustakaan. lama tau takde baju baru. siap tempah lagi tuh. mana lah selama ni cik zira ada tempah baju. baju raya pun beli dah siap. tu yang bangga sikit tuh pakai baju baru tempah,, hehe




12 mei 2011




~sekian~

k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 mei 2011 10.40 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails