SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 13, 2011

boleh tak nak cerita pasal baju raya? takpe kan, lagi dua bulan lebih nak raya,, ^___*





bukan main kan cakap pasal raya padahal puasa pun belum lagi dan nasib baik cik zira jenis ganti puasa masa raya dah memang ganti, jadi tiada masalah lah nak ganti-ganti last minute ni, cuma puasa sunat jelah,, alhamdulillah,, =)






petang ni cik zira macam nak mengimbau jelah, baju-baju raya cik zira dari beberapa tahun sudah. selalunya kalau raya sekurang-kurangnya lah kan, cik zira mesti ada 2 baju baru sebab hari pertama bajunya memang cik zira akan cari yang cantik-cantiklah sebab hari pertama memang akan amek gamba banyak,, hehe, dan untuk raya kedua plak baju biasa je tapi tetap cantik. takpelah sanggup berhabis beli baju mahal sikit sebab raya kan setahun sekali. dan memang pagi raya cik zira akan melaramlah, ape lagi,, semua orang pun sama kan kan,, ;)






mesti kelakar lah kalau tunjuk gamba zaman dolu-dolu yang tak berapa lama dulu, tapi takpelah, kita share-share k.



raya 2005 - tema : carca marba,, ;)

raya 2006 - tema : MERAH membara semangat waja!

raya 2007 - tema : biru muda turqoise  
(hamboi biru je sudahlah,, ngade!)

raya 2008 - tema : old school

raya 2009 - tema : kekotak!

raya 2010 - tema : MERAH itu cantik!





ha, macam-macam gaya ada kan? yang pentingnya mesti ada gamba wajib dengan chenta-chenta hati, banyak plak tuh,, hehe






oh, raya tahun ini, adik perempuan cik zira mahukan warna pink sebagai tema. dah bagi tahu chenta-chenta hati beli baju pink. kalau dorang tak beli, cik zira yang belikan nanti, bukan susah pun. dorang bukan sempat nak cari. takpe-takpe, serahkan pada kakak MERAH ni, walaupun pencinta MERAH, warna lain tetap cantik digayakan, Insya Allah.






jadi, lagi dua bulan lebih nanti, cik zira tempek baju raya untuk tahun 2011 ni plak k. kena cari baju pink cantik-cantik ni. harap-harap jumpalah yang berkenan. tempat dituju? mana lagi kalau bukan pasar khamis dekat ulu tiram tu. memang tiap-tiap kali nak raya mesti tengok baju kat situ dulu. nanti cik zira serang pasar tu,, ;)






korang yang dah ada baju raya dah boleh lega dah. yang belum jangan susah hati, baju yang dah siap banyak cantik-cantik, harga pun ok. cari jek, terus pakai. kalau shopping KL lagilah bestnya bukan main. baju sangat cantik dan murah okeh,, jeles,, huh!






eh, taknaklah cakap dah pasal raya, nanti tak sabar sangat plak rasanya. duk diam-diam. nanti dah sampai masa nak kena bali baju raya, baru pergi cari. dan nasib baik cik zira ni jenis badan yang takde masalah nak pakai baju dah siap, tak payah tempah-tempah sebab cik zira sendiri memang tak suka tempah baju. mahal,, hehe






ok semua, kita tunggu puasa sama-sama, dan raya sama-sama k. tak sabar nak tunggu raya jugak sebab nanti blogger semua tayang baju raya dengan keluarga. tu yang best tuh!






sampai berjumpa dua bulan lebih lagi untuk entry raya 2011 k!








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 13 jun 2011 8.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails