SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 8, 2011

langsir oh langsir





hamboilah cik zira ni, baru shopping pergi beli langsir asyik nak bercerita je,, hehe



langsirnya dalam plastik nagoya ituh




yelah, mana pernah kan shopping langsir sendiri, ini pun BFF yang temankan. kalau pergi sendiri memanglah tak tahu. tapi, lepas ni boleh pergi sendirilah sebab dah tahu,, ;)






oklah dekat nagoya ni, BFF kata harga boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. cik zira pusing merata nak cari MERAH, tapi MERAH takde sangat. geram betul.






cik zira belikan langsir untuk bilik pengantin ada tirai besar untuk belakang katil, 2 tingkap dan 1 langsir pintu. lepas tuh untuk 3 pintu dan 3 tingkap lagi untuk rumah. kiranya ada 4 jenis langsir cik zira beli kat nagoya tu.


tunjuk sikit-sikit,, ;)



cik zira amek yang murah-murah jek, semeter RM 7, semeter RM 6. dan total semua sekali RM 226.00 untuk 34 meter. dapatlah langsir belakang, langsir tingkap, pintu. nanti disember tu rumah pakai langsir barulah. dah lama pun takde langsir baru. nanti minta tolong bik ani jahitkan. bik ani pandai jahit. nanti dah nak dekat, cik zira pasanglah langsir dah siap jahit,, =)



close up lagi sket,, hehe




ini baru sikit kan. agaknya macam manalah nanti kalau ada rumah sendiri yang semua pintu dan tingkap nak kena pakai langsir. jenuhlah nanti. tapi rasanya nanti rumah sendiri beberapa tahun lagi Insya Allah pakai yang jenis cari langsir dah siap tuh, tinggal pasang je. langsir macam tuh pun dah banyak sekarang, murah-murah je. takdelah susah nak beli kain, jahit lagi kan,,






hari tu masa pergi Nilai 3 pun banyak sangat kedai kain langsir, tapi tak sempat nak jenguk pun. siap jahitkan sekali. tak tahulah harga murah ke mahal. mungkin lain kali kalau pergi lagi kan, bolehlah tengok harganya. Jakel punya kain langsir murah tak ea? tak pergi tengok pun. hari tu gi KL pun dah nak masuk Jakel dah, tapi tak masuk pun. nasib baik, kang ada je rambang mata nak membeli,, hehe






kira langsir disember ni, kot-kotlah bik ani boleh pakai untuk raya tahun depan ke. lepas majlis terus cabut, simpan elok-elok. raya tahun depan pasang balik. kan cun tuh!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 8 jun 2011 9.50 a.m.

4 comments:

Aiza Haris said...

yeay langsir baruuuu....:D

Rosmarieza said...

wahhh~ sume tukar eh? mesti meriah kenduriii nnt!:)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

si tuan putri kiUt :



yeay yeay kak, kt ada langsir baru, tapi simpan dulu. nak dekat nanti baru jahit,, hehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

dark r0se :


takdelah semua tukar, sikit je. Insya Allah, memang nak meriah pun sebab semuanya berkumpul,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails