SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 12, 2011

Resipi : Sardin Roll versi Cik Zira






jom semua, petang ni tak tahu nak masak kuih apa kan untuk minum petang, meh sama-sama kita buat Sardin Roll versi cik zira yang ringkas, mudah, cepat dan sedap!!






mudah sangat nak buat sardin roll ni dan yang penting dia rangup sebab goreng dengan tepung tau bukan guna telur.






macam mana tu?
ha, jom tengok cane nak buatnya.






bahan-bahannya


untuk inti sardin.
* setin sardin - kalau saiz besar boleh untuk 15-20 keping roti.
* bawang besar
* garam secukup rasa
* mayonis
* serbuk lada hitam + serbuk lada putih






untuk roti.


* golekkan roti sehingga leper - mudah untuk dibungkus nanti,, hehe






untuk tepung menggoreng.


* tepung gandum
* sedikit serbuk kunyit
* garam secukup rasa
* serbuk lada hitam + serbuk lada putih sedikit
* air mengikut kepekatan






ha, bahan-bahannya dah tahu kan? moh leh kita buat sardin roll versi cik zira neyh!






inti sardinnya.


* amek ikan sardin sahaja, kuahnya tak payah. lenyekkan sampai hancur semua ikan sardin tersebut.
* bawang besar yang didadu halus-halus digaulkan dengan ikan yang dilenyek tadi, gaul sebati.
* masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih sedikit dan gaul rata lagi.
* masukkan mayonis selemak yang diingini dan gaul lagi sampai semuanya sebati.





tepung menggoreng.


* masukkan sedikit tepung ke dalam mangkuk.
* masukkan sedikit serbuk kunyit untuk effect warna kekuningan,, eceh!
* masukkan garam, serbuk lada hitam + serbuk lada putih.
* gaulkan semua sehingga rata.
* masukkan air sedikit demi sedikit dan mengikut kepekatan yang diinginkan. gaulkan ramuan tepung dengan air sehingga sebati.
* kira tepung ni ala-ala tepung nak buat pisang goreng tapi cari sedikitlah.







proses menggulung.



* roti yang dah leper tadi, diletakkan inti di bahagian hujung, kemudian digulungkan.
* gamkan hujung roti dengan tepung menggoreng tadi supaya ianya melekat dan tak tercabut.
* dah siap, bolehlah digoreng.






proses menggoreng.


* panaskan minyak di dalam kuali
* letakkan sedikit tepung menggoreng tu dalam pinggan leper dan celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam tepung kemudian gorengkan.
* bila roti sudah keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya.
* hidang bersama mayonis dan sos sebagai pembuka selera.






ha, kan mudah je.






apa lagi, jom buat sekarang! nanti boleh minum dengan kopi ke teh panas ke jap lagi,, ^______*






selamat mencuba!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 jun 2011 4.42 p.m.

6 comments:

siti soleha said...

Zira : Siti nak jemput Zira Joint contest Saya Suka Dress ^_^. Kalau berkesempatan join la ye .

LINK : http://dresskami.blogspot.com/2011/06/contest-saya-suka-dress.html

hazirah abdul rahman said...

ok siti, terima kasih ye siti yang cantik,, =)

si tuan putri kiUt said...

haruss cubaaaaa nihhh!!!...trliurr nengokk dah....

zira.... saya dh beli nightriem kapsul pati halia tu...RM29 siap beli 2 teruss.....

dh makan pun.... pastuu memerot takde laa cam lepas minum teh kurus tu...kejap2 tercirrr je kan...hahaha
pastu kan byk buang angin lerrrr.... kejap2 terkenn....aiyoooo..hubby siap marah2...dh nak kuar cane kan kan....hahahaha...

hazirah abdul rahman said...

harus harus,, ngee




wah, murahnya dapat rm29, kt pun dapat rm30 jer,,save dah kat situ,,




haah, kena biasakan jelah kerja nak membuang angin je,,


wah wah pas ni badan makin cantiklah,, =)

si tuan putri kiUt said...

1st day jekkk byk membuang hangennn hahahah sib baik wikenn kt umah jek... kalo kat opiss jenuh nak kaver kan....

alhamdullilah dah masuk 4 hari makan nightriem tu.....hari2 melawas 2 kali...skang tak payah nak rendam2 teh kurus dah...terus telan nightriem jer...

hazirah abdul rahman said...

alhamdulillah, semoga ada perubahan dan nampak hasilnya tau,, AMIN,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails