SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 18, 2011

semalam, jumaat 17 jun 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya





hari ni dah hari sabtu dah kan. kejap je minggu pertama lepas cuti sekolah dah berakhir. nak masuk minggu keempat dalam bulan Jun.






baiklah, semalam cik zira ke sekolah seperti biasalah kan. cumanya, setiap hari jumaat keluar rumah pukul 1 dan solat zohor di sekolah. sekolah cik zira sejak semalam didatangi oleh pelajar-pelajar UKM yang ada program bersama sekolah kitorang. dari semalam sampailah ke esok. jadi, semalam sekolah agak sibuk lah dengan mengawal murid supaya tidak mengganggu perjalanan program mereka.






dalam masa yang sama, hari ni dan esok di bahagian padang ada perlawanan bola sepak 7 sebelah di mana akan ada tambahan orang yang akan memenuhi SK Taman Cendana. tiba-tiba je kan sekolah kitorang macam menjadi perhatian sebab dua program besar dijalankan serentak dan melibatkan orang luar. alhamdulillah semua warga SK Taman Cendana memberikan komitmen yang sungguh baik. syabas!






semalam mengajar seperti biasa cumanya untuk kelas 3J, kena mengajar di makmal sains. janggal sungguh rasa mengajar english di makmal sains,, hehe. dulu masa sekolah belajar sains masuk makmal sains, ni bila kena mengajar english dalam makmal sains macam pelik,, ini semua disebabkan kelas-kelas ada digunakan untuk program UKM, jadi kenalah berpindah sementara waktu.






walaupun semalam jumaat akan balik awal, 6.15 dah keluar sekolah, tapi disebabkan jalan agak sesak, jadi, sampai pun dah nak dekat maghrib.






punyalah haus semalam, sampaikan masa berbuka puasa minum sunquick sampai 3 gelas. makan nasi + ayam masak sambal kicap + sayur kacang panjang tempe + nuget tempura + karipap sardin. semuanya disediakan oleh chef terhebat cik zira, siapa lagi kalau bukan bik ani,, =)







karipap sardin memang favourite, malam sikit pun makan lagi beberapa biji,, sedap!






semalam takde keje sekolah sangat sebab banyak dah disiapkan. pagi ni awal pagi dah ke sekolah sebab cik zira terlibat dengan jualan PENDITA sempena pertandingan bola sepak 7 sebelah. jadi, kelab guru mengambil kesempatan untuk mengadakan jualan untuk menambah tabung kelab. cik zira kena tolong pape yang patut. sekarang agaknya tengah potong-potong lah kot,, hehe






petang kang pukul 2 ada tusyen macam biasa. esok pagi pun sama. 
mencari rezeki lebih,, =)






ini jelah cerita cik zira untuk pagi sabtu ni. nama je sabtu tapi dah boleh dikira setiap sabtu cik zira pasti akan berada di sekolah, bekerja,, 





kepada yang bercuti, selamat berehat, kepada yang bekerja tuh, jom sama-sama kita bekerja ye!







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 17 jun 2011 9.35 p.m.

4 comments:

Rosmarieza said...

actually cik zira mengajar mane ek? n tinggal katne?:)

Aiza Haris said...

my peberet olso!!....hehehe

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

dark r0se :



mengajar di SK Taman Cendana, pasir gudang. umah atok dekat kg melayu, duduk ngan atok. hari2 berulang gi sekolah,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

si tuan putri kiUt :


ceh, sama lagik ye kak!,, =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails