selalu cik zira akan bawa 3B sahaja masuk bilik SAC tu, dah banyak kali jugaklah. kira boleh dikatakan setiap khamis akan masuk bilik SAC budak-budak 3B tu.
nanti kalau 3J lalu, tengok je dari luar.
tapi, jumaat baru-baru ni cik zira bawa 3J pulak masuk SAC. kesian dekat dorang tak pernah masuk lagi.
buat aktiviti berkumpulan macam biasa dan dorang suka sebab yelah, selalu dalam kelas je. kali ni masuk dapat buat kerja berkumpulan, dapat bekerjasama. dorang suka sangat.
walaupun kerjanya tidaklah sama tahap dengan 3B, tapi tetap budak-budak 3J ni buat kerja dengan baik dan kumpulan terbaik dapat pink sticker seperti yang dijanjikan dan sungguh gembira bila cik zira tengok kumpulan yang menang tu. yang tak menang pulak kesian. takpe, masih ada peluang lagi.
tinggal kelas tahun 2 ni tak pernah bawa masuk. rasa macam kalau bawa masuk budak-budak ni, terutama kelas cik zira 2F tu, mahunya ranap bilik SAC tu nanti.
tunggu ye 2E dan 2F, ada masa sesuai, teacher hazirah akan bawa masuk SAC k!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 9 julai 2011 8.07 a.m.
No comments:
Post a Comment