sejak berkaca mata rabu dari tingkatan satu dengan power hanya 70 sahaja sehinggalah sekarang dengan power 320, cik zira sudah ada 3 cermin mata berbingkai warna MERAH.
yang pertama tak silap beli masa lepas-lepas SPM nak masuk matrikulasi. yang tuh kejap je sebab masa tuh tiap-tiap tahun pun tukar cermin mata sebab power asyik naik jek. bila tuka, yang lama dah tak nak pakai. tapi, cik zira masih simpan lagi bingkai MERAH pertama yang cik zira ada sampai sekarang dalam bekas. bentuk bujur bulat dan MERAH dia tak MERAH sangat.
frame MERAH yang kedua yang jadi kesayangan dan trademark cik zira ialah masa awal-awal masuk maktab. bentuk petak dan memang cantik MERAH nya. yang ni memang tahan beberapa tahun sampai sambung di UUM pun. 3-4 tahun jugak tak silap tahan spek MERAH kedua ni. paling lama lah bertahan. tapi, sayang riwayat dia tamat disebabkan tuan dia sendiri ni ha yang terpatahkan dia masa tidur. letak spek tu atas katil jugak belakang badan, tak hengat badan macam apa masa tuh, sekali terbaring, terus patah! sedih betul time tuh,,, =(
lepas patah spek MERAH yang kedua tuh, bertukar selera pakai bingkai warna hitam plak untuk beberapa tika dan waktu.
bertukar semula ke bingkai MERAH ketiga masa nak mula kerja, buat oktober tahun lepas, 2010 dan sampailah sekarang. walaupun dah longgar-longgar dah tunduk sikit je boleh jatuh spek ni tetap akan jaga dan pakai dia dengan baik. jenis bingkai plastik ni dia memang mudah kembang, tu bila tunduk je terus dah macam mak nenek rabun dekat je,, ngee
cik zira memang akan kekalkan trademark cik zira dengan spek mata bingkai MERAH ni sebab sejak dulu masa belajar lagi kawan-kawan dah terbiasa nampak cik zira dengan spek MERAH dan itu memang diri cik zira. walaupun dengan hanya spek warna MERAH orang mesti boleh agak dia ni suka MERAH agaknya smapaikan spek pun MERAH,,, =)
kalau jumpa cik zira, kalau tak pakai lense, spek MERAH lah akan jadi peneman cik zira yang rabun ini.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 10 julai 2011 9.46 p.m.
2 comments:
Hehe...spek merah stylo ape..
sy nak carik spek kaler pink. :) hehe
Vote For Me in Stylish Hijab Contest
stylo dan cantik kan kan,, hehe
wah wah, pink lagi cumeL,, =)
Post a Comment