SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 30, 2011

nak flat shoes jek sekarang ni





dulu masa awal-awal masuk maktab, tak kisah pakai kasut jenis apa pun. ada tumit lah selalu akan dibeli sebab kaki masa tuh pakai jelah kasut apa, takde masalah langsung. tu keje asyik nak membeli kasut je, yelah kalau dah kasut ditengok cantik harga pun ok, kenapa nak tengok jek kan, mestilah kena beli,,, ;)





tapi zaman kegemilangan ratu kasut sudah berakhir. ini disebabkan kaki dah mula sensitif dan tak boleh beli kasut sesuka hati. kena pastikan kasut itu selesa tak kisahlah tak cantik mana pun janji selesa dan tidak menyakitkan kaki dek kerana kaki dah mula sensitif.






jadi, sejak masuk kerja, ada beli sepasang flat shoes hitam dan kasut bertumit brown colour, tapi yang tumit tu pakai sekali dua je terus tak pakai dah sebab tak berapa selesa. pakai yang hitam tu sampailah dah tak boleh pakai sangat sebab pergi kerja pun pakai kasut tu, pergi jalan pun kasut tu jugak disebabkan selesa sangat pakainya. kasut BATA lah katakan,,, =)






sekarang pun ada 2 pasang kasut hitam beli kat BATA jugak sebab selesa dan senang nak dibawa bekerja dan berjalan. tak sakit kaki bila pakai dan jalan banyak.






itu yang sekarang aim flat shoes jek. simple dan selesa. dah dapat satu yang cik zira suka sangat, tapi simpan elok-elok dalam kotak dulu sebab itu istimewa.





dan sekarang ni bila tengok crocs punya flat shoes comel sangat, macam berkenan. harga online pun murah je tapi takut silap saiz. geram je tengok sebab tahu kalau crocs original memang selesa sangat pakainya.






ini yang cik zira berkenan, jenis macam gini lah. simple dan konpem selesa.






ini sangat comel sebab ada MERAH-MERAH,,, =)







em, takpelah, berkenan jelah, nak beli masih ada kasut lagi, tak nak bazir. tahan nafsu lagi,,, =(







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 28 julai 2011 11.40 p.m.

2 comments:

Rosmarieza said...

ros pown suke kasut flat~ smpi mak cakap cam tak de kasut lain nak pakaiii~ hiiiiihi:D tapi best..kaki tak sakit..lau pakai wedges sik nak jatuh jekkk~:P sbb tak biase sgt pakai~:)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

betul tu, setuju sangat. sebab kita pun memang jenis orang yang jalan cepat je, takde nak lenggang2 ni, tu yang kena pakai kasut yang selesa dan memudahkan pergerakan dan flat shoes adalah terbaik!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails