entah apa-apa jek tajuk, padahal diri sendiri pun tak tahu apa maksud sebenar mengadu domba tu? macam tu ke ejanya pun tak pasti. ke mengadu domba ni macam budak kecik yang sikit-sikit mengadu atau orang kuat mengadu sebab dengki? eh, entah ea.
korang dengar aduan cik zira ni dulu, baca fahamkan nanti korang tafsirkan lah ea ini mengadu domba ke mengadu dekat bomba ke,, hehe
begini ceritanya. cik zira sebelum ni memang banyak kali lah deal dengan mana-mana akak tudung untuk beli tudung dan tidak pernah ada masalah dan servis yang diberikan memang terbaik walau banyak mana order atau sikit mana order cik zira, memang takde masalah.
tapi, dengan satu syarikat tudung ni lah, dulu-dulu memang pernah ada sekali beli dengan syarikat ni, tapi beli kodi dan memang dia campur semua, takde masalah. tapi kali ni pun cik zira beli 20 helai jugaklah sebab nak pakai sendiri, jadi belinya campur-campur, syarat pun dibenarkan.
masa email nak order tuh, punyalah lama nak tunggu comfimation, mahu 2-3 hari jugak, takpe sabar lagi. dah konpem nak yang mana, tanya jumlah pun amek masa 1-2 hari jugak. sabar lagi. bila tanya ada stok, semuanya ada stok, semuanya ada, banyak warna katanya. ok, fine. puas hatilah. masukkan duit, pada 21 Jun 2011. setel lah kan. tunggu punya tunggu tudung tak sampai-sampai. selalu bayar, esok lusa terus sampai sebab pos laju. memang sakit hati. tanya, sms tak berjawab. sabar jek cik zira.
sekali sampai, guna pos domestik, patutlah lambat. mana pernah dah sekarang guna pos domestik semua pakai pos laju atau pos ekspres jek dan memang bayaran postage kena bayar. cik zira tanya bayaran postage sekali hari tuh, ingatkan dah sekali dan tak tahu dia tak guna pos laju. aduhai. memang berzaman lah tunggu. seminggu baru dapat tudung yang diidamkan. tudung biasa jek pun,, hehe
sekali sampai, buka, tudung yang nak sangat 8 helai takde stok, tulis dalam resit jek. masa tanya kata ada stok, banyak warna. sekali bila takde tak bagi tahu langsung dan terus pos. sakit hati betul! dahlah tudung yang dapat 12 helai tuh warna ada yang tak nak bagi sampai 4 helai, sape nak pakai? kata bagi tahu warna, dah bagi tahu warna salah pulak tuh. sabar betul. memang banyak bersabar. sms baik-baik tanya. reply pendek jek, ok. itu jelah, ok ok ok. apa yang ok pun tak tahu lah.
cik zira dah biasa deal dengan orang dan cik zira sendiri kalau berjual beli pastikan servis terbaik untuk customer cik zira, dan selama ni dengan mana-mana akak tudung cik zira nak amek stok pun memang tiada masalah. tapi dengan syarikat yang satu ni? sabar memang sabar sangat.
nak pos balik tudung nak tukar warna pun kena tanya kenapa nak pos balik. dah kena terang satu-satu balik. sabar sabar. lepas tuh, sehingga ke hari ni, tiap-tiap hari sms kata minta tolong pos laju bagi tahu berapa bayaran, jawab ok ok ok. tak tahulah ada stok ke tak ke, lepas tuh tak pos-pos lagi.
dah bersiap sedia jek kalau kali ni sampai salah jugak order. dah boleh terima sebab memang dah tahu servis nya macam mana. sangat teruk. habis minggu ni cukup 2 minggu lebih sikit cik zira tunggu tudung tak sampai-sampai. ada ke takde tak bagi tahu. sms satu-satu fahamkan kata macam takde masalah tapi tak bagi tahu apa-apa.
nasib baik dapat cik zira ni, boleh bersabar banyak, kalau kena customer cerewet lain, lagi kena maki hamun agaknya servis teruk macam ni. ni pun tak tahulah bila dapat tudung cik zira yang lagi 12 helai tuh termasuk yang cik zira pos laju balik tukar warna.
syarikat besar katanyalah, masuk paper nak buka cawangan di melaka siap. syarikat yang berpusat di raub, pahang ni tak payahlah cik zira bagi tahu nama. korang yang tahu, tahulah dan mungkin korang pernah terkena jugak, cik zira tak boleh nak kata apa. sepatutnya syarikat dah ada nama, tolonglah prihatin, dengar permintaan pelanggan dan cuba penuhi dengan baik. ini tidak, ambil sambil lewa sungguh. sms apa semua susah sangat nak reply. tahu order lain banyak tapi tolong lah beri yang terbaik. dah dua minggu tau, tudung tak sampai-sampai. entah-entah tak packing pun lagi.
apa ni!
apa semua ni! patut ke buat pelanggan macam ni? tahulah cik zira beli baru berapa ratus jek, tapi walaupun 10 ringgit je pun patutnya kena buat dengan betul, bukan servis macam ni teruk!
korang yang kenal cik zira tahu macam mana cik zira kan? cik zira selalu nak kan yang terbaik dan bila terkena macam ni, berdepan dengan orang yang tak sungguh-sungguh ni, rasa geram sangat dan ianya melibatkan duit. boleh je amek sambil lewa. patut ke korang? kalau koranglah yang kena, korang pun sama geram. betul cik zira cakap. selalu kalau dah bayar, esok orang tu pos, lusa kita dah dapat barang kita, ni bayangkan 2 minggu tak dapat-dapat lagi tudung. frust gila!
tak nak bebel dah. sendiri yang sakit hati. korang nilai lah eyh ni mengadu domba ke tidak,,, ^____*
sedih pun ada sebenarnya sebab kena macam ni. tak patut - tak patut.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 7 julai 2011 9.48 p.m.
No comments:
Post a Comment