tarikh 7.7.2011 semalam, satu tarikh yang cantik dan mesti ramai jugak yang lahir tarikh semalam kan?
oleh kerana malamnya tido awal, jadi macam terlebih jam tido, nak bangun subuh pun agak liat,, hehe, tapi tetap subuh ye walaupun lewat,, memang ngantuk yang amat tapi lepas subuh je dah ada keje menanda buku budak, jadi tak dapat nak tido balik. yay!
sakit kepala tanda buku 3B sebab ajanya lain, nak tunjuk bagus buat banyak-banyak tapi semua past tense banyak salah. sabo jelah. sakit kepala terus sarapan dulu. makan oat sebab nak kena makan ubat. hari ni last habiskan ubat. heaven nya rasa, bagaikan di sorga abadi. seksa betul nak kena ngabeskan ubat. huhu!
lepas habis tanda buku dan makan ubat, sambil tengok tv ni tulis diari pulak. kepala pening jek keje, pusing-pusing je dunia ni rasanya. bersiap dan keluar rumah awal semalam sebab singgah isi minyak kereta dulu ngan pos wallet kesayangan. lepas tuh terus ke sekolah.
pengajaran berjalan seperti yang dirancang cuma geram dengan kelas sendiri tu, 2F yang malas nak gunakan otak untuk berfikir dengan baik. harapkan cik zira jek mana boleh, sampai bila nak pandai. memang beza sangat dengan 2E, pengajaran sama tapi lebih aktif daripada 2F. apelah budak-budak ni, macam mana nak dapat A ni. huh!
habis kelas kul 4.30 tuh dah penat dan lapar. makan dulu! bawa sayur sotong + telur dadar + ayam goreng. pastu makan yang ringan-ringan sket. makan ubat minum dengan air kotak soya, beli RM 1.20 sebab tak bawa air dan memang cik zira makan ubat dengan air manis, tak boleh air masak sebab nanti muntah balik. tak nak bagi rasa ubat tuh bila masuk dalam mulut. punya seksa nak telan ubat. aduhai. nasib baik lagi sehari nak habiskan.
perjalanan balik semalam petang agak sibuk sebab cuaca dah gelap sangat dah macam malam sebab nak hujan lebat. jadi, perjalanan agak lembap lah. sampai rumah pun agak lewat sikit daripada biasa. sampai tak makan tau, berjaya! selalu, semalamnya pun ngadap makan dulu sampai rumah, tapi semalam tak makan pun. yay! sangat suka. mungkin terkenan makan ubat ni kot selera makan agak kureng sikit. sikit je tau,, ;)
habis je ubat untuk hari ni, cik zira akan isytiharkan diri cik zira dah sihat dan tidak dibelenggu oleh ubat lagi. tak sabar nak habiskan makan dua kali je lagi,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 7 julai 2011 9.23 p.m.
No comments:
Post a Comment