SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 23, 2011

semalam, jumaat 22 julai 2011





dekat sekolah semalam berakhirnya English Week dengan aktiviti terakhir iaitu Storytelling competition. walaupun anak-anak cik zira masih tidak bernasib baik, namun cik zira bangga dengan mereka berdua. Puteri Balqis daripada 3B dan Izzudin dari 3J.






puteri balqis dapat tempat ketiga untuk kumpulan pertama sebab dia baca sangat laju sampaikan orang pun tak faham dia cerita apa. takpelah, lain kali kena ajar dia sebut satu-satu.






Izzudin plak cik zira bangga sebab dia kan kelas 3J, memang tak reti baca macam kelas depan-depan. bila suruh baca banyak kali pun asyik salah jek. tapi, bila naik pentas, betul plak sebutannya. Tahniah Izzudin, you really make me proud.






kelas 3J tak mengajar sebab dorang tengok pertandingan bercerita tu. masuk kelas 2E dan 2F buat spelling pasal fruits. isnin nanti baru buat ulangkaji sebab selasa dah mula Ujian. semoga kali ni markah anak-anak cik zira terutama kelas sendiri, 2F tu bertambah baik. Insya Allah.






minggu depan sangat sibuk, menanda kertas, nak pilih pemenang untuk Buletin Cerdik pulak yang banyak penyertaan tu. adohai, harap-harap cukuplah masa yang ada ni untuk siapkan semuanya, Insya Allah.






Minggu depan jugak minggu bertugas. wah, semuanya minggu depan. kena sediakan mental dan fizikal ni untuk minggu yang sibuk sebelum berpuasa.







ini sahaja untuk pagi sabtu ni. hari ni pagi tak sekolah. anak GB kahwin tapi tak pergilah sebab tak tahu jalan. Maaf sangat ye Tn Hj Musa..






petang kang tusyen macam biasa, esok pun. 


me; yesterday




ok semua, bye-bye. Assalamualaikum.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 22 julai 2011 9.27 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails