pagi semalam kan pergi pasar larkin dengan bik ani. lama dah tak bawa bik ani pergi pasar larkin, rumah kedua bik ani tuh,, ;)
balik, rehat layan tengok tv sahaja. tiba masa bersiap, terus bersiap dan bertolak ke sekolah.
sampai awal sikit semalam kat sekolah, buat kerja dulu pape yang patut dan dalam pukul 12.15 macam tuh jumpa kak fajar, dia datang sekolah cik zira sebab dia sewa baju arab tuh untuk pakai 15hb ni. nanti kita jumpa lagi ye akak,,, =)
mengajar macam biasa cuma geram dengan kelas sendiri 2F tu yang suka main-main, dah kena bebel dan marah semalam, hari ni nak tengok ada perubahan ke tidak.
dengan kelas lain pun semua lesson plan berjalan seperti yang dirancang. jualan buletin cerdik pun agak memuaskan sebab ramai yang membeli. sampai dikerumun cik zira masa jual dekat pondok dekat tempat dorang berhimpun tu. tapi, suka tengok dorang semangat sokong majalah perpustakaan sekolah macam ni.
balik semalam alhamdulillah jalan taklah sesibuk mana dan sampai pukul 7.03 malam. sempat iron baju untuk hari ni sebelum berbuka puasa.
hari ni sibuk, kelas 1 sampai 4.30 tanpa henti. tapi, hari ni english day, ingat nak ajak dorang nyanyi-nyanyi tapi 12.30 jugak ada taklimat bersempena english week minggu depan. kalaulah badan boleh kerat dua kan,, ;)
sibuk macam mana pun, mengajar tetap cik zira nak enjoy sebab nak bagi anak-anak cik zira happy je setiap kali mata pelajaran bahasa inggeris. Insya Allah,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 13 julai 2011 10.16 p.m.
No comments:
Post a Comment