cik zira ni kan, selalu kalau tanya encik buah hati sarapan makan apa, nanti dia akan jawab kalau tak nasi lemak, roti canai, kalau tak makan mee wantan special dia tuh. siap cerita lah mee wantan dia makan tu macam mana, letak apa, letak apa. siap orang kedai tuh dah tahu dah kalau buah hati yang order, mesti tahu nak yang macam mana.
kalau siapa di penang, tahulah agaknya mee wantan yang encik buah hati cik zira selalu makan di astaka taman tun sardon yang popular dengan makanan pagi tu. cik zira ni masih tak berkesempatan nak makan mee wantan yang selalu disebut-sebut buah hati cik zira tu.
takpe, oleh kerana teringin, selalu dah pesan, nanti bila berpeluang balik penang lagi, nak rasa jugak mee wantan itu. wajib!
cik zira adalah pernah jugak rasa mee wantan sebelum ni tapi semua tak berapa nak sedap. harap-harap yang cik zira nak rasa buah hati cakap tu sedaplah seperti yang dia gebangkan,, ngee
korang tahu kan mee wantan macam mana? ha, cik zira google kan ea bagi korang teringin sama,,, =)
gamba-gamba mee wantan lazat ini semua dari googles
ha, sedap kan tengok gamba? kat JB ni mana ye sedap makan mee wantan? sape tahu? tapi nak yang sedap tau. nak buat sendiri boleh je sebenarnya kan, tapi MALAS,,, ;)
ha, ada sesiapa nak cuba, meh cik zira copy paste resipi cik zira google jugak.
Bahan-bahan ( 3 hidang. )
- BAHAN UTK MEE :
- Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
- 5 sudu kicap (saya guna kicap masin kipas udang je)
- 5 sudu minyak bijan
- 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
- BAHAN UNTUK SUP:
- 6 ketul chicken drummet
- Sebungkus sup bunjut adabi
- Garam sesedap rasa
- BAHAN UNTUK HIASAN:
- Small Pak Choy - rebus
- Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
- Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
- Ayam digoreng garing - ketukkan
- Daun sup & daun bawang dicincang
Cara-cara
- Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
- Untuk sup : Masukkan ayam, rempah sup bunjut bersama setengah periuk air dan rebus sehingga mendidih. Bubuh garam sesedap rasa - jangan terlalu masin kerana mee sudah berkicap.
- Keluarkan ayam yang telah direbus, lumurkan kicap dan goreng sehingga garing.
- CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
- Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
- Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
(resipi ini credits to My Resipi)
korang cubalah, mana tahu jadi, lehlah pos kat cik zira. hehe, macam lah boleh pos makanan. kalau yang segera boleh lah jugak.
takpe. ni kira impian dan keinginan ni, balik penang wajib pi pekena mee wantan dekat astaka taman tun sardon tuh. jangan lupa ye buah hati!
p/s baru teringat pernah makan mee wantan sedap dengan arip masa dekat UUM dulu, kedai belakang C' Mart ada jual mee wantan. best best!
p/s baru teringat pernah makan mee wantan sedap dengan arip masa dekat UUM dulu, kedai belakang C' Mart ada jual mee wantan. best best!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 12 julai 2011 9.28 p.m.
2 comments:
zira da ade buah hati ekkk :p
btw, x penah lg makan mee wantan neh
merangkap tunang lah intan,,
Insya Allah, bulan disember nanti,, datang ye,, =)
sedap intan, cubalah rasa,,
Post a Comment