Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,
semalam kat sekolah pun merupakan satu hari yang sibuk buat cik zira. tapi tetap curi masa untuk makan sebab lapar sangat. ada mesyuarat dari pukul 12.45 tengah hari sampailah ke pukul 2.30 macam tu. habis 3 masa mengajar disebabkan meeting sahaja. aduhai..
1 kelas, 2F tak dapat mengajar, tak jumpa dorang pun semalam, 3 kelas lain mengajar seperti biasa. tak dapat buat jualan bookmark sebab sibuk. hari ni kalau ada masa kena buat jualan. bagi habis jugak. suruh budak-budak beli,, hehe
budak bercerita 3B dah ok, cuma kena touch up sikit-sikit. kelas 3J baru pilih semalam, dah suruh dia balik baca buku. hari ni nak dengar dia baca lagi. kena betulkan bacaan dia. walaupun nak menang memang susah, cuma nak bagi dia pengalaman masuk bertanding dan membaca. yelah, kelas 3J nak beat dengan kelas 3F ke? memanglah tak boleh. janji, dia nak masuk, dia cuba pun dah cukup.
yang masuk spelling dah tak sabar nak masuk. asyik tanya bila je. hari ni lah dorang akan bertanding. harap-harap 2E dan 2F, anak-anak yang cik zira pilih bolehlah dapat tenpat jugak. Insya Allah.
selain jualan bookmark untuk English Week, cik zira juga kena buat jualan pensel untuk perpustakaan. banyak betul kan jualan teacher hazirah ni kena buat. hari-hari bawa duit,, pikat anak-anak murid SKTC supaya membeli. nampak muka teacher hazirah je mesti jual barang,,, hehe
oh, itu cukup pasal sekolah, ni nak cerita apa yang cik zira makan semalam memandangkan hari ni berpuasa semula, jadi semalam memang makan banyak tak ingat apa dah.
ini menu makan cik zira semalam, hari rabu :
- sarapan pagi : kuey teow bandung
- dekat sekolah : dadih-2, eskrim asam, nasi ayam + ayam masak kicap pekat + terung berlada.
- balik rumah : nasi ayam + ayam masak kicap pekat + terung berlada. (habiskan lauk,, hehe)
nasi ayam + ayam masak kicap pekat + terung berlada
kuey teow bandung
selalu paling kuat memang sekali je makan nasi, yelah dah lama puasa hari tuh, makan nasi sekali je masa berbuka puasa, tapi semalam entah kenapalah perut ni lapar sangat, kat sekolah lapar bukan main. nasib baik kat bilik guru tu ada jek makanan untuk dibeli, jadi takde masalah lah nak turun kantin ke sebab kantin jauh. pulak tu mengingatkan hari ni puasa, jadi makanlah dulu semalam banyak-banyak.
hari ini? misi membuat jualan dan kelas dari pukul 1 sampai 4.30 tanpa henti. masa pertandingan spelling ingat nak bawa kelas tengok. nak bagi sokongan. esok pulak pertandingan storytelling. habis minggu Bahasa Inggeris ni, minggu depan minggu ujian dan minggu bertugas. ha, minggu depan kerja banyak jugak sebab kena menanda kertas, mengisi markah dan key in markah. jaga-jaga cik zira, kerja makin banyak ni,,, =)
wah, panjang pulak menaip, banyak plak cerita. jadinya, cik zira berhenti di sini ye untuk entry pagi khamis ni. semoga korang semua ceria ye hari ni dan gembira selalu, Insya Allah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 21 julai 2011 7.55 a.m.
No comments:
Post a Comment