SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 13, 2011

semalam, selasa 12 julai 2011





Assalamualaikum dan salam sayang selamat pagi rabu nan indah buat semuanya,






entry ini nak cerita sikit kisah cik zira semalam, selasa 12 Julai 2011.






pagi semalam kan, tido jugak lepas subuh sekejap. bila takde keje apa memang mata ni senang je nak lelap. kerja sekolah semua dah siap kat sekolah. itu yang dapat rehat balik rumah,, 






bangun semalam siap-siap, keluar pergi amek duit dekat larkin, isi minyak kereta untuk minggu ni. lepas tuh terus ke giant untuk basuh kereta. sementara menunggu kereta dibasuh, cik zira pun masuk dalam giant tu untuk membeli tepung dan gula yang bik ani pesan. cik zira pun terbeli mamee cup 2 perisa kari pedas dan ayam kampung sebab harga dia RM 1, tu yang amek sampai dua. jimatlah bape sen,, hehe






balik rumah, sementara nak menunggu pukul 10.30 bersiap nak ke sekolah, cik zira lepak menulis diari dahulu. kemudian bersiap dan ke sekolah.






semalam siap awal dan dapat keluar rumah awal sedikit. dan kerana keluar awal, mula jek masuk highway dah jalan jam, jauh jugaklah, rupanya ada lori eksiden. lepas jek lori tu terus boleh laju macam biasa dan sampailah sebelum pukul 12 jugak, nasib baik.






sampai sekolah buat kerja seperti biasa dan mengajar semalam semua seperti yang dirancang dalam lesson plan, alhamdulillah. budak-budak macam biasa lah, kelas yang takut tu macam tak banyak cakap, dengar je teacher hazirah ni cakap apa, yang huha-huha tu, macam biasalah, tapi tetap belajar,,, =)






jualan Buletin Cerdik di perpustakaan pun alhamdulillah memberansangkan di hari pertama. esok jualan seperti biasa. budak-budak ni memang teruja betul kalau sekolah ada jual pape yang ada pertandingan ni, nak menang dapat hadiahlah katakan.







balik, tapau eskrim malaysia lagi, tapi 4 batang plak sebab make milo 2, pandan 1 dengan asam 1. tak keras lagi, jadi balik rumah masuk dalam esbok keraskan sendiri. tunggu keras nanti boleh makan.







malam plak lepas isyak mengudapte blog seperti biasa dan rehat tengok tv.






hari ni pagi tak tido. yay! teman bik ani gi pasar larkin beli barang. suka ada kerja sebab bila takde keje ni mata mudah mengantuk. jadi, bila ada kerja takdelah nak layankan mata.







ok semua ye. semoga hari rabu ni lebih baik dari hari semalam buat kita semua. AMIN.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 12 julai 2011 9.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails