pagi cik zira seperti biasa, buat kerja mana yang patut kemudian ke pasar larkin bersama bik ani membeli barang. kemudian balik bersiap nak ke sekolah. masa nak pergi sekolah ada sedara datang borak dengan atok dan bik ani. cik zira pergi sekolah seperti biasa.
sampai sekolah pun buat kerja seperti biasa. uruskan jualan bookmark English Week yang sangat laku di kalangan murid-murid sesi petang ni. duduk kat pondok, terus laku, habis jualan cik zira semalam.
dah latih sikit murid bercerita untuk 3B, tapi 3J tak pilih lagi siapa wakil untuk storyreading. hari ni jugak kena pilih sebab dah hari apa dah. wakil untuk 2E dan 2F spelling dah pilih.
mengajar macam biasa. menanda buku lagi, sampaikan masa makan pun lewat jugak. tapi takdelah sampai makan dekat rumah bekal macam hari isnin. cuma makan dah pukul 5 baru dapat makan sebab sibuk sangat. kesian betul dengan diri sendiri. takpe, dah boleh puasa balik nanti tak payah nak fikir pasal makan, boleh buat kerja je,,, =)
bekalnya ialah nasi + ikan asam pedas + sayur sawi + lala rebus. habis makan macam biasa.
perjalanan pulang dua hari ni alhamdulillah lancar. sampai pukul 7 macam tu. balik rumah buat kerja apa-apa yang patut. malamnya macam biasa update blog dan buat kerja sekolah.
oh lupa, semalam kan cik zira makan dadih satu, makan eskrim nenas sampaikan 3 batang. dalam perjalanan balik pun makan jugak dalam kereta. sedap betul makan eskrim ni,, ngee
beginilah rutin cik zira sebagai seorang cikgu. cik zira kongsikan dengan korang. takpe kan?
hari ini? semoga tidaklah sibuk sangat dan ada masa untuk makan,,, ^___^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 19 julai 2011 8.44 p.m.
No comments:
Post a Comment