SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 6, 2011

semalam, selasa 5 julai 2011






alhamdulillah, semalam cik zira boleh ke sekolah, bekerja seperti biasa. walaupun keadaan diri masih belum pulih sepenuhnya, tapi dapatlah buat kerja dan tidak terbaring je atas katil macam 2-3 hari yang lepas. kiranya, cik zira dapat MC hanya untuk hari isnin sahaja.






pergi sekolah awal sikit sebab ingat nak siapkan kerja mana yang patut isnin tak datang sekolah, tapi sangat berdukacita dan mengamuk sendirian dalam kereta sebab masuk je highway jalan jam teruk sampaikan ada yang berpatah balik. cik zira tempuh jek sebab tak tahu dah jalan lain. memang makin sakit kepala duk dalam jam lama-lama. keluar awal ingat bolehlah sampai awal, tapi lambat jugak disebabkan jam sengal tu!






mengajar macam biasa cuma semalam mood tak berapa nak baiklah, mungkin sebab badan tak baik sangat, kepala pun pening jek, tu yang dalam kelas budak asyik kena je dengan cik zira. kesian dorang. takpe, hari ni kena bagi mood ok balik. Insya Allah.






tak dapat nak puasa macam biasa sebab badan masih tak kuat dan kena makan ubat. ubat pahit, tak suka sangat makan ubat. rasa macam dah tak nak makan dahlah. kenapalah takde ubat yang rasa ayam goreng ke, rasa pasta ke, barulah orang sakit nak makan ubat cepat baik. ini tak, ubat semua pahit, tak sedap. rekalah ubat rasa best plak ye para doktor dan saintis sekalian, baru semangat cik zira nak makan ubat,, ;)






bawa bekal nasi ayam + ayam masak kicap + sayur. makan pun tekak tak best sebab rasa semua macam rasa ubat. leceh betul,, minum pun rasa ubat,, penangan kuat ubat punya pasal,,






balik jalan di sepanjang highway memuaskan, cuma dah nak habis je highway nak masuk ke kiri, polis plak buat road block. aisey encik-encik polis sekalian, tolonglah fikir waktu. orang semua baru balik keje, penat, janganlah buat time waktu tegang, memanglah jam tak hengat, dahlah highway. fikirlah ye encik polis, buat waktu sesuai, awak senang, kami pemandu jalan raya pun senang.






nasib baik tak puasa, dan sampai pun belum azan, lagi beberapa minit nak maghrib. rumah penuh orang, hari ni je jap lagi bik idah dan anak-anak dia termasuk si mayam tonet tuh akan balik KL semula. senyap sunyi baliklah umah atok,, 






kesimpulan untuk entry ni, cik zira dah beransur sihat, alhamdulillah. dah boleh buat kerja macam biasa,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 julai 2011 9.12 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails