SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 31, 2011

teringin nak ada perniagaan sendiri,,, =)





cik zira ni sejak dari kecik tau, dari sekolah rendah lagi suka berjualan. masa kecik tak fikir untung pun, asalkan dapat jual-jual ni, memang suka. ingat lagi masa darjah 4 tak silap, buat majalah sendiri. jual 20 sen ada bape muka surat entah. sape beli ada peraduan, kalau menang dapat hadiah. kelakar sangat kalau ingat balik.






sampailah ke besar, minat berniaga tu memang ada dari kecik sampailah sekarang. tak kisahlah berniaga apa. dan sekarang dekat sekolah pun, asal ada jualan apa pun, cik zira memang rajin akan tolong jualkan macam pensel NILAM dan bookmark Minggu Bahasa Inggeris tu. budak-budak sekolah pun mesti dah cop teacher hazirah ni, asal nampak mesti ada jualan,,, ;)






dulu aktif online bisnes, tapi sekarang dah ta aktif dah. takde masa sangatlah. masa belajar dulu memang kencang, hari-hari pergi pejabat pos, poskan barang pelanggan. yelah, masa belajar banyak masa sebab tak suka belajar, tu yang boleh bisnes tu. kat UUM pun siap bisnes sardin roll, sosej roll semua tau. memang suka sangat berniaga. kat sekolah pun pernah jualkan nasi lemak, nasi dagang atok buatkan. sampaikan dekat maktab, tolong mami dekat kafe sikit-sikit,,, pendek kata memang suka lah berniaga ni.






itu yang simpan hasrat, kalau lah satu hari dapat kedai sendiri atau ada perniagaan sendiri, mesti best kan. sekarang ni nak cuba aktifkan balik REDshop tu, sian dah terpinggir macam tu. Insya Allah, dalam masa terdekat nak buat jualan semula, secara kecil-kecilan dan perlahan-lahan balik. nak aktif berniaga macam dulu semula. encik buah hati pun dah bagi sokongan suruh bisnes balik, tu yang semangat ni.






lagi-lagi nak raya ni kan? tudung ct manik belum ada stok lagi. harap sangat ada stok sebab tudung ct manik tu memang cantik pakai raya-raya ni. mungkin dalam masa terdekat akan ada tudung dan baju kurung siap. masih dalam perancangan, nanti apa-apa cik zira khabarkan. masih ada ke pelanggan cik zira yang dulu-dulu ea? kalau ada, sudi-sudilah bagi sokongan kat cik zira nak berbisnes semula ye.


jumpa kedai yang ada nama sendiri pun dah tersenyum lebar 
walaupun bukan kedai sendiri,,, =)





semua benda kena bermula dari bawah kan. Insya Allah, kalau cik zira rajin berusaha, dan nanti bila dah berdua dapat sokongan padu si dia, boleh berjaya ke kan. nak 1000 daya! doakan ye semua.








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 30 julai 2011 9.05 p.m.

2 comments:

darkrose~ said...

yup..cubela aktifkan balik~ MESTY LAKU~ HIHI:D jgn lupe dtg blogshop ros eh?;)

hazirah abdul rahman said...

Insya Allah, niat dah ada ni, kena usaha jek pulak.



oh, ros ada blogshop ea? baru tahu,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails