SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 15, 2011

Lee Chong Wei tetap hero Malaysia




masa tengok perlawanan badminton akhir perseorangan lelaki yang melibatkan dua pemain hebat iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan memang mendebarkan lah kecuali masa pusingan kedua yang mana LCW banyak buat kesilapan dari segi menjangkakan bulu tangkis itu keluar tetapi tidak dan memberikan banyak mata percuma kepada LD.






cik zira dah menduga, jika pusingan kedua LCW kalah, maka kebarangkalian untuk LCW menang adalah sangat tipis memandangkan rekod sebelum ini yang sememangnya berpihak kepada LD jika bermain untuk pusingan ketiga. dan ternyata, jangkaan cik zira tepat walaupun dalam hati masih menaruh harapan LCW boleh menang.






LD sememangnya hebat dan ini memang tidak boleh disangkal dan jika dilihat dari segi stamina pun berpihak kepada LD yang kelihatan masih cergas berbanding dengan LCW yang nampaknya dah agak semput dan tidak bertenaga sepertimana pusingan pertama yang berpihak kepadanya.






tidak mengapa LCW, 2013 lah penentu jika nasib menyebelahi. tahun depan tiada kejohanan badminton dunia disebabkan olimpik, jadi mungkin, mana tahu nasib LCW di tahun 2013 nanti.






Anda tetap Hero kami LCW, teruskan perjuangan dan kami rakyat Malaysia tetap memberikan sokongan padu kepada LCW. SYABAS!!






kepada Super Lin Dan, anda tetap hebat dan kacak bergaya,,, ^___^






p/s cik zira ni tak boleh ada rasa kalah nanti mesti orang kata masin mulut. macam harimau malaya hari tu dengan singapura, memang bila kalah pusingan pertama dah agak kalah jugak. lepas ni macam dah tak boleh tengok jek perlawanan, kena tahu keputusan jek,,, ngee






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 14 ogos 2011 10.39 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails