SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 14, 2011

tempat shopping baju raya di JB




Insya Allah, kalau ada rezeki cik zira pun dapat bonus esok, minggu depan jugak misi cik zira mencari baju raya sebab dah bajet dah duit untuk beli baju raya cantik untuk tahun ni yang bertemakan merah jambu mengikut warna kesukaan adik perempuan cik zira, ina,,, =)






cik zira dah tengok sket petang semalam pergi giant, tengok yang booth depan giant tu jelah sebab tepi giant tak buka lagi, dia buka malam. ada yang dari butik tu memang cantik, cik zira tengok jelah sebab lari bajet dah tu. tapi memang cantik. tengok nanti macam mana, kena cari jugak dulu.






jadi, kat JB ni cik zira boleh kata ada jugaklah beberapa tempat yang boleh dijadikan tempat untuk mencari baju raya seperti di Giant dekat uma atok ni, Giant Taman Suria. ada juga baju cantik-cantik untuk dipilih cuma tak banyak gerai. selain tu, bazar di Pasar Borong Pandan yang memang happening tu. Di Kotaraya pun katanya ada. Tempat paling popular di Angsana pun ada.






jadi aim cik zira nak pergi tengok di pasar borong pandan kalau dapat bonus dalam masa terdekat. kemudian tengok lagi sekali di giant ni. tapi, ada memang dah berkenan satu dalam intenet ni. harga pun dalam bajet. jadi, kalau takde sangat, memang beli online jelah.






hai lah baju, mana satu yang akan menjadi kepunyaan cik zira dan akan digayakan pagi raya nanti ye? tak sabar ni nak ada baju raya sebab tanya sape-sape pun, ramai dah ada baju raya. cik zira ngan chenta-chenta hati je belum,, huhu






takpe, cik zira akan teruskan misi mencari baju raya merah jambu idaman hati untuk tahun ni, 2011 sebab syawal 2011 ni pun merupakan syawal yang bermakna untuk cik zira.






nanti tunggu 1 syawal lah ye cik zira melaram dengan baju raya cik zira. konpem punya eksklusif di pagi syawal hanya di blog MERAH ini. yelah, cik zira kan takde mukabuku. jadi blog sahajalah paparan gambar-gambar cik zira untuk dikongsikan dengan pembaca tersayang semua. takpe, 15 hari je lagi nak raya, Insya Allah,,, =)





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 13 ogos 2011 10.30 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails