SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 26, 2011

pemergian seorang sepupu yang baik





semalam, 25 september bersamaan 27 syawal, perginya seorang sepupu yang baik menemui Illahi. Asyik, anak mak leha, sepupu cik zira belah arwah mak terlibat dalam kemalangan teruk dan menyebabkan nyawanya berakhir dan meninggalkan semua yang dia sayang terutama keluarga sendiri.






cik zira dapat sms dari mak midah dalam pukul 5 lebih. terus bangun dan baca sms lagi sekali sebab tak percaya. terus turun bagi tahu bik ani dengan atok. kol mak leha tanya betul ke, dia suruh datang. dia da nangis-nangis. cik zira terus pergi ke rumah tokyam dengan bik ani nak tolong kemas-kemas.






memang seharian cik zira di rumah tokyam semalam. orang ramai sangat datang memberikan ucapan takziah dan memberikan sokongan. memang sejak pagi, petang sampailah ke malam, alhamdulillah, ramai datang. ye, sebab arwah asyik budaknya baik sangat. peramah. itu yang ramai datang tengok dia untuk kali terakhir. dia kemalangan teruk sampaikan kereta pun terpaksa bomba potong. mungkin sudah ajal dia. maut mana boleh dielak kan. semua sudah ketentuan Allah.






mak leha memang menangis sahaja tapi masih boleh berkata-kata. adik-adik arwah, atun dan apit sampai pagi jugak dari tempat belajar. apit yang masih ada satu lagi paper exam dah tak kisah apa, terus balik juga nak tengok arwah abang dia. sedih sangat cik zira tengok pakcik jamal, ayah si arwah yang tenang tapi terduduk jugak masa cium arwah sebelum disembahyang jenazah dan semasa doa dibacakan selepas arwah selamat dikebumikan.






cik zira tak boleh tengok apit, adik arwah yang nangis masa solat jenazah. siapa sangka yang kita sembahyangkan itu abang kita sendiri. sedih sangat tengok dia tahan nangis. atun, adik bawah arwah pun tak berhenti menangis. Ya Allah, sesungguhnya kehilangan orang terdekat amat menyedihkan dan cik zira pernah rasakan itu, semasa arwah mak pergi dulu. cik zira faham dan cik zira juga faham Allah dah aturkan yang terbaik untuk semua hamba-Nya. kita perlu redha dengan ketentuan dari Illahi.






arwah dibawa balik ke rumah sekitar jam 1 lebih tengah hari. semua memberi penghormatan terakhir buat asyik. dari pagi sampailah nak dikebumikan, memang ramai sangat orang datang menolong. asyik budak baik, dia peramah dan memang baik, selalu senyum dan tegur orang, alhamdulillah, masa dia semalam, ramai yang datang membantu. mudah sangat perjalanan asyik semalam. 






pakcik jamal dan mak leha lah orang yang paling terkesan dengan ketiadaan asyik sebab asyik yang banyak membantu selama 23 tahun dia hidup. pak cik jamal dengan mak leha perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan baru, dengan ketiadaan asyik. bukan mudah, tapi pokok pangkal kekuatan dan sentiasa berdoa kepada Allah. Insya Allah.






chenta hati 1 pun sempat balik, solat jenazah bersama dan angkat asyik ke dalam van jenazah. ye, itu sepupu kami, walaupun jarang berjumpa, terasa dia sangat baik dan sebab itu chenta hati 1 pun balik, cik zira pun tolong mana yang termampu. tahlil malam semalam pun cik zira dengan mak midah, sepupu-sepupu mana yang ada berkerjasama siapkan makanan untuk tetamu kenduri. lepas habis pun kemas mana yang patut, tolong mak leha yang sedih dari pagi kenangkan anak kesayangannya yang kini sudah pergi untuk selamanya.






untuk arwah
asyik, kita jarang jumpa asyik, tapi setiap kali asyik jumpa kita, mesti asyik angkat tangan, senyum dan tegur kita. kita tahu asyik budak baik. asyik hormatkan orang tua, selalu tolong orang. kita doakan asyik ditempatkan di sisi-Nya dan diampunkan segala dosa. selamat tinggal asyik.






Al-Fatihah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 26 september 2011 8.02 p.m.

2 comments:

eriqueetiqaz said...

salam takziah...eksiden kt mn?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

jalan nak ke permas jaya, dekat kem majidee dekat dengan wisma tu,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails