SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, September 25, 2011

semalam, sabtu 24 september 2011




semalam adalah hari bekerja jugak buat cik zira sebab ada kursus pasal penggunaan ICT dalam pengajaran. cik zira keluar rumah pukul 7.15 macam tu. sempat sarapan nasi goreng dahulu di rumah. sampai sebelum pukul 8, jam di seri alam macam biasa ditambah dengan ada lori rosak tengah-tengah jalan.






dengar taklimat yang diberikan, cuba fahamkan mana yang tak reti lagi tu. tapi banyaknya dah pernah belajar. jadi, cuma ingatkan balik sebagai ulangkaji. pukul 10 dapat makan bihun + mee goreng + telur mata + sambal + kuih + teh panas. lepas rehat sambung balik. pukul 11 lebih dah habis. dapat nasi bungkus pulak. bawa balik rumah.






terus menuju pulang. tapi singgah di giant dulu beli makanan sikit.






beli air yogurt lassi kesukaan perisa blackcurrant sebab dia tengah murah, RM 6.99, kalau harga biasa RM8.99 tak silap. kalau tengok tengah murah memang akan beli. balik sampai rumah, makan nasi bungkus dapat kat sekolah tu dengan yogurt lassi tu.











nasi putih + ayam masak paprik + sambal belacan. walau simple macam tu tetap nampak sedap dan memang sedap. cik zira pun makan dengan berselera sekali.






petang masa rehat tusyen makan lagi dengan budak-budak kecik tusyen tu. makan yang makanan gorengan pulak. dah memang sekarang makan sangat banyaklah. tak terkawal nafsu makan langsung. sungguh bahaya memandangkan berat sudah naik berkilo-kilo ni.






tolonglah insaf wahai hazirah. tolonglah diri kamu tu sendiri. kalau tak kamu yang tolong diri sendiri, sape lagi?







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 september 2011 8.40 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails