SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 5, 2011

kursus di hari kedua





keluar rumah pagi semalam lewat sikit dari hari pertama, maklumlah sebab dah tahu jalan, bolehlah lewat sikit. hujan renyai. itupun sampai masih awal sebab baru bape orang je sampai. hari pertama cik zira orang pertama sampai, yelah, 7.10 dah tercongok kat situ.






kursus berjalan seperti biasa, macam kursus lah kan. awal pagi sampai dah sarapan. kemudian rehat tengah hari dapat makan lagi. kursus semalam banyak buat aktiviti berkumpulan, jadi takdelah bosan sangat. oklah. walaupun ada masa mengantuk, tapi masih mampu bertahan.






balik kursus, jumpa dengan ayu, pembaca blog cik zira aka pelanggan cik zira dolu-dolu. rumah dia dekat permas jaya, tempat kerja dia pun dekat je dengan tempat cik zira kursus. tu yang dia ajak jumpa sekali nanti dia nak jemput pakai kad perkahwinan dia 12 november depan. siap pergi pejabat ayu lagi solat asar dan borak-borak.






lepas tu kitorang lepak dekat McDonalds makan-makan. ayu tak makan pun, makan ais krim je sebab ngah diet nak kahwin. cik zira yang makan sorang. kalau McD ni memang tak lain tak bukan makan ayam goreng spicy dia, mesti minta kepak ayam. semua habis makan kecuali kepak ayam dan air coke. bawa balik rumah sebab dah nak maghrib. 






ikut ayu pergi rumah dia sebab nanti kalau boleh datang ayu kahwin, dah tahu rumahnya di mana. berjalanlah cik zira jugak sekitar permas jaya tu. hehe






sampai terus mandi maghrib dan buat semua apa yang patut. lepas isyak sambung makan kepak ayam, minum air coke. baru siapkan update blog MERAH kesayangan hamba ini.






sebelum mengakhiri entry ini, ini gamba makanan cik zira makan-makan semalam, selasa :







  • pagi - sarapan mee rebus + karipap + air teh panas
  • tengah hari - nasi + ikan sambal + ikan masin + sup tauhu kering + jambu + air anggur
  • petang - bubur jagung yang tak best
  • petang lagi - set ayam goreng spicy McDonalds + Mc Flurry Milo yang best!





walaupun ramai masih menegur dan mengatakan cik zira kurus daripada yang dulu, hakikatnya, sekarang badan makin berat sebab makan makin banyak, masih tak berjaya nak nekad kurangkan makan. tolong!!!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 4 oktober 2011 9.05 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails