hari rabu cik zira semalam pun alhamdulillah berjalan seperti biasa. baik-baik sahaja. sebelah pagi pergi pejabat pos kampung melayu pos barang. kemudian pergi giant beli barang sikit.
sampai rumah buat kerja apa yang patut, kemudian makan. nasi + ikan asam pedas + tempe goreng berempah. makan dulu sebab dah lapa sangat. pergi sekolah tak bawa bekal. bersiap dan pergi sekolah macam biasa.
dekat sekolah mengajar macam biasa. dadih tak jual, jadi tak makan dadih pun semalam. makan roti coklat suruh anak 3J tolong belikan 2 biji sebab sangat lapar, hujan makin lapar pulak jadinya. lepas makan roti makan ais krim pulak.
perjalanan balik pun alhamdulillah lancar dan sampai pukul 7 malam dekat rumah. terus pergi meja makan sebab lapar dan makan siput sedut masak lemak dengan karipap sardin.
itu cerita semalam lah. hari ni cik zira amek CRK, cuti satu hari. ada urusan kena selesaikan di pejabat agama, hehe,, esok sekolah macam biasa. ahad nanti, 16hb ada sukan sekolah dan karnival keusahawanan. sebab tu kena amek cuti hari ni setelkan perkara besar dulu,,, =)
ok semua. tata titi tutu.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 12 oktober 2011 9.09 p.m.
No comments:
Post a Comment